Malaysia Esports Federation (MESF) mengumumkan barisan rasmi Pasukan #TeamMAS Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang akan beraksi di Sukan SEA ke-33 di Bangkok, Thailand, pada 13–19 Disember 2025.


Di bawah pimpinan Presiden MESF, Muhammad Naim Al-Amin, dan Ketua Kontinjen Esukan, Aiman Wafiy Roslan, skuad negara menyasarkan pingat emas dalam acara MLBB.
Kategori Lelaki
- Pengurus: Simon Mason Lim
- Kejurulatihan: Michael Angelo Libao Bocado (Arcadia), Poon Kok Sing (Ozoraveki), Nur Hanis Adlan (Haru), Chun Chin Wee (Winter)
- Pemain: Muhammad Qayyum Ariffin (YumS), Hazziq Danish (Stormie), Muhammad Haqqullah (Sekys), Ealtond (Lolealz), Muhammad Danish Fitri (Unii), Idreen Abdul Jamal (Momo)
Kategori Wanita
- Pengurus: Simon Mason Lim
- Kejurulatihan: Muhammad Farhan (Sora Payung), Kelvin Unting Kelly (Rexvinn)
- Pemain: Qurratul Ain Nurfarisha (Shaa), Hanis Wahidah (Hanie), Queenie Lim Mae Shen (Qu1nn), Afrina Balqis (Rinaa), Arfah Hazira (Tiramisu), Sharifah Alia Husna (Aria)
Presiden MESF menegaskan pemilihan dibuat melalui proses penilaian rapi, yakin barisan ini mampu membawa pulang emas. Wakil MOONTON Games, Krystal Tan, turut menyatakan sokongan penuh dan menganggap ini bukti kemajuan ekosistem esports Malaysia.
Sukan SEA 2025 menjadi medan penting untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.