PUBG MOBILE secara rasminya telah memperkenalkan pasukan partner mereka yang menyertai PUBG MOBILE Partnership Program, dengan 15 pasukan dari rantau Asia Tenggara diterima menyertai program tersebut. Lima pasukan dari Indonesia, empat dari Malaysia, tiga dari Thailand, dua dari Vietnam dan satu dari Filipina telah disahkan secara rasmi sebagai pasukan rakan kongsi Asia Tenggara. Setiap pasukan akan menerima slot terjamin untuk PMPL dan PMSL SEA, di samping semua faedah dan peluang rakan kongsi tambahan. PMSL SEA akan bermula dengan Minggu Pertama pada 22 Mac ini, dengan pertandingan tiga minggu sebelum Pusingan Akhir PMSL dari 14 – 16 April 2023.
Setiap pasukan rakan kongsi telah diterima ke program ini kerana prestasi kejohanan sebelumnya, komitmen masa depan, populariti peminat, serta populariti umum PUBG MOBILE Esports di negara tertentu. Pasukan ini akan mendapat manfaat daripada peningkatan peluang untuk membangunkan pemain mereka, mengembangkan pendedahan mereka kepada peminat dan meluaskan sokongan mereka kepada komuniti mereka. Perkongsian liga juga disertakan dengan slot terjamin di PMPL dan PMSL bagi wilayah masing-masing. Pasukan rakan kongsi untuk rantau Asia Tenggara adalah seperti berikut:
Indonesia:
- ALTER EGO
- BIGETRON ESPORTS
- BOOM ESPORTS
- PERSIJA EVOS
- RRQ ESPORTS
Malaysia:
- GEEK SLATE
- SEM9
- TEAM SECRET
- YOODO ALLIANCE
Thailand:
- BACON TIME
- FAZE CLAN
- VAMPIRE ESPORTS
Vietnam:
- BOX GAMING
- D’XAVIER
Philippines:
- PLAYBOOK ESPORTS