Asian Esports Games (AEG) 2024 bakal diadakan di Bangkok, Thailand dari 25 hingga 27 November, di bawah kendalian Thailand Esports Federation (TESF) dan Asian Electronic Sports Federation (AESF). MLBB dipilih sebagai satu-satunya acara eksklusif untuk pertandingan wanita, dengan penyertaan 20 pasukan dari Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Tengah, dan Timur Tengah.
Antara negara yang bertanding ialah Malaysia, Thailand, Indonesia, dan China, serta peserta baru dari Mongolia, Tajikistan, dan Nepal, yang mencerminkan kepelbagaian dalam esukan wanita Asia. Pasukan Indonesia, dengan pemain utama dari Team Vitality, akan berusaha bangkit selepas rekod kemenangan mereka dihentikan di MLBB Women’s Invitational 2024, dimana mereka tewas kepada Smart Omega Empress dari Filipina.
Ini juga merupakan penampilan pertama pasukan wanita China di Asia Tenggara, menandakan kemajuan dalam esukan global. Sebagai tuan rumah AEG, Thailand mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat utama esukan Asia menjelang Sukan SEA 2025. Saksikan AEG 2024 untuk menyaksikan sejarah baharu dalam esukan wanita Asia! Siapakah barisan pemain yang bakal mewakili Malaysia? Teruskan bersama kami untuk maklumat selanjutnya.