Gergasi pembangun permainan China, Tencent Games telah mengumumkan permainan serba baharu yang dipanggil Arena Breakout, permainan bercorak strategy first-person shooter untuk platform mudah alih. Permainan Arena Breakout menawarkan pemain untuk mengawal seorang askar di medan pertempuran dengan matlamat utama untuk bertahan dalam medan pertempuran yang bahaya dan perlu menyelamatkan dirinya. Permainan ini memerlukan pemain beberapa cabaran sukar di mana mereka perlu merancang cara taktikal strategik untuk melarikan diri atau merancang serangan ke atas musuh mereka. Arena Breakout boleh dikatakan sebuah permainan yang diilhamkan oleh permainan popular di PC; Escape from Tarkov.
Mengikut laporan, Arena Breakout akan mempunyai sistem kecederaan yang belum pernah dilihat pada permainan mudah alih sebelum ini. Ia akan menampilkan butiran fizikal secara meluas. Ia dilaporkan akan memaparkan dan meniru tingkah laku fizikal seperti merasa kesakitan dan kelaparan. Terdapat juga sistem kecederaan yang berasingan untuk setiap bahagian badan dan kerosakan yang diambil akan ditunjukkan secara eksklusif pada bahagian yang terkena atau terjejas. Ciri terperinci sedemikian masih belum pernah dimasukkan ke dalam permainan mudah alih. Kini kemungkinan Arena Breakout akan menjadi permainan mudah alih pertama yang mempunyai perhatian terhadap perincian sedemikian.
Buat masa ini, Arena Breakout hanya terhad kepada China, Tencent tidak memberikan maklumat mengenai keluaran global di mana-mana sahaja. Tetapi pengenalan video treler memberi sedikit pembayang dimana ianya akan diperkenalkan di pasaran global kelak dengan kerjasama Morefun Studios.