Author: Jamil
Sebilangan imej VALORANT Mobile telah tersebar di kalangan peminat permainan mudah alih pada 19 september yang lalu. Menerusi laman twitter milik Valorant Mobile Intel, gambar yang tersebar tersebut diambil daripada “Play Store” dan disebarkan di laman twitter milik beliau. Gambar “Login Screen & Lobby Menu” yang tersebar itu tidak banyak perbezaannya jika dibandingkan dengan VALORANT di PC. Selain itu, akaun twitter yang dikenali sebagai @DannyINTEL telah menyebarkan imej yang menunjukkan bahawa VALORANT Mobile kini sudah berada di Google Play Store. Dikatakan juga hanya pemain yang terpilih sahaja dapat bermain VALORANT Mobile versi percubaan. Ada juga yang mengatakan bahawa VALORANT Mobile…
Pada 27 Julai yang lalu, EA Esports telah mengumumkan bahawa tarikh bagi FIFA 23 dikeluarkan telah ditetapkan pada 30 September 2022 menerusi satu klip video yang dimuat naik di saluran YouTube milik mereka. Video itu memaparkan akan pembaharuan yang dibuat pada edisi kali ini. Namun sebaliknya terjadi apabila ada pengguna Xbox dapat memuat turun dan mengakses FIFA 23 lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak pembangun. Perkara ini telah menjadi perbualan hangat dan ada yang membuat bantahan terhadap EA Esports. Semalam pihak pembangun telah menjelaskan berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan oleh komuniti FIFA 23. Pihak EA Sports…
Hari Sukan Negara yang diadakan setiap tahun pada hari Sabtu di Minggu kedua pada bulan Oktober, dengan objektif utama untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia. Tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperkenalkan kategori e-sukan dengan membawakan kejohanan PlayerUnknown’s Battlegounds (PUBG) Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bertujuan menggilap dan dan memperkasakan bakat belia dalam arena e-sukan. Kejohanan yang dianjurkan oleh KBS ini menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM111,000 secara keseluruhan dan dijangka sebanyak 256 pasukan bakal mengisi slot bagi kedua-dua permainan yang dipertandingkan ini. Pendaftaran bagi kejohanan ini telah dibuka pada hari ini dan akan…
Seorang streamer dan juga penggemar permainan video Dota 2 telah di sekat oleh valve gara-gara melakukan “smurfing” semalam. Beliau yang dikenali sebagai meepgor_off semalam terdiam seketika apabila permainan dota yang dimainkan olehnya itu terkeluar ke halaman utama secara tiba-tiba. Valve mengenakan hukuman sekatan selama 16 tahun bermula semalam hingga 19/01/2038. Dengan adanya hukuman yang setimpal sebegini, ini dapat menyedarkan kepada pemain-pemain lain supaya tidak sesekali melakukan kesalahan yang sama seperti ini. Bagi yang masih tidak tahu apa itu “smurfing”, ianya bermaksud pemain-pemain pro ataupun pemain yang sudah berada di pangkat tertinggi dan mempunyai kebolehan tersendiri itu menggunakan akaun baru untuk…
Inilah dia senarai penuh pasukan-pasukan yang layak ke VALORANT Champions Tour 2022. Sebanyak 16 pasukan bakal berentap bagi merebut gelaran sang juara bagi tahun ini. TEAMREGIONOPTICNORTH AMERICA (NA)XSETNORTH AMERICA (NA)100 THIEVESNORTH AMERICA (NA)FANATICEUROPE, MIDDLE EAST & AFRICA (EMEA)FunPLUS PhoenixEUROPE, MIDDLE EAST & AFRICA (EMEA)TEAM LIQUIDEUROPE, MIDDLE EAST & AFRICA (EMEA)ZETA DIVISIONJAPANDRAGONXKOREALOUDBRAZILLEVIATANLATAMKRU ESPORTSSOUTH AMERICAFURIA ESPORTSSOUTH AMERICAPAPER REXASIA PACIFIC (APAC)XERXIAASIA PACIFIC (APAC)BOOM ESPORTSASIA PACIFIC (APAC)EDward GAMINGEAST ASIA Ini merupakan anjuran kali kedua oleh Riot Games dalam menjayakan kejohanan peringkat antarabangsa bagi permainan VALORANT. Sebelum ini, GAMBIT Esports telah muncul selaku juara bagi VALORANT Champions Tour Musim ke 1. Pasukan ini berjaya menewaskan…
Kejohanan yang dianjurkan oleh GamesMY Esports itu menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM3,500 dan dibuat secara luar talian yang bertempat di GAMESMY STUDIO, MAXIM CITYLIGHTS SENTUL. Halowake raih gelaran juara apabila beliau berjaya mendapat tempat pertama didalam kejohanan FIFA 22 GMX CUP Musim ke 1 pada ahad yang lalu. Halowake Berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000. Manakala AXISNEQI dinobatkan naib juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000. Tempat ketiga pula dimenangi oleh EG ROCK_KILLER dan beliau berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM500. Tahniah diucapkan kepada kesemua pemenang dan peserta yang telah menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh GamesMY…
Kejohanan ini dipertandingkan selama dua hari dan menampilkan 8 buah pasukan bagi merebut gelaran juara. Semalam pasukan ELUX muncul juara di kejohanan Mobile Legends Bang Bang GMX CUP MUSIM ke-1 dan Pasukan Elux berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan sebuah trofi kejuaraan. Perlawanan yang baik ditunjukkan oleh Pasukan Rahasia semalam yang Berjaya mengikat kedudukkan 3-3 sebelum tewas 4-3 ditangan pasukan Elux. Pasukan ini membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,500. Manakala Monster Vicious Berjaya meraih tempat ketiga dan Berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 dan tempat keempat pula dimenangi oleh pasukan Origins dan memperolehi wang tunai sebanyak RM500.…
GMX CUP Musim ke- 1 kini telah sampai ke peringkat “playoff” setelah hampir dua minggu kejohanan ini dijalankan. Kejohanan yang dianjurkan oleh GamesMY Esports ini menawarkan sebanyak RM10,000 hadiah wang terkumpul. Sebanyak 8 buah pasukan bakal berentap di peringkat playoff yang terdiri daripada pasukan HomeBoisNSEAPASUKAN RAHASIAMONSTER VICIOUSANTHENA ACADEMYTEAM BAEKDOWHELUXORIGINS Kejohanan ini akan dimain secara diatas talian dan akan berlangsung selama dua hari bermulanya pada hari ini dan akan berakhir pada keesokan hari.
Semalam tular dimana permainan mudah alih Battleground Mobile India (BGMI) telah dikeluarkan daripada aplikasi “Google Play Store & Apple App Store“. Dikatakan hasil carian bagi permainan BGMI ini masih tiada di kedua-dua aplikasi tersebut. Seperti yang kita ketahui, Battlegrounds Mobile India (BGMI) dilancarkan selepas kerajaan India mengharamkan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile) diatas beberapa faktor keselamatan. Segelintir peminat dari India mengatakan bahawa permainan Battlegrounds Mobile India telah diharamkan oleh kerajaan mereka. Namun pihak pembangun iaitu kraton masih belum mengesahkan sama ada permainan itu diharamkan atau sebaiknya.
Suhaz Esports membawa pemain dan jurulatih luar negara bagi memperkuatkan pasukan mereka untuk mengharungi saingan MPL Musim ke-10. John Theo Eusebio atau lebih dikenali sebagai Raizen ( tiga dari kiri ) itu bakal menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih buat pasukan Suhaz Esports. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai jurulatih Bersama pasukan Z4 Esports. Selain itu, mereka juga membawa dua orang pemain dari Mobile Legends Development League ( MDL ). Daffa Dwita Siregar dan juga Rico sebelum ini bermain buat pasukan RRQ SENA. Kata pengurus pasukan Suhaz Esports, Mohd Nur Firdauz Mohd Khonsul, pemilihan pemain dan juga jurulatih dari Filipina dan Indonesia disebabkan…