Author: Piratz
Kehadiran tahun 2023, banyak pemainan mudah alih dirancang akan dikeluarkan tahun ini. Pada tahun lalu, kita dihidangkan dengan beberapa permainan hebat pada platform mudah alih, beberapa daripadanya menarik minat semua pengguna. Bagi tahun 2023 juga akan menyaksikan keluaran berbilang permainan baharu. Dalam senarai ini, kami akan berkongsi senarai permainan mudah alih yang kami amat nantikan di tahun 2023. Valorant Mobile Valorant telah menjadi salah satu permainan paling banyak dimainkan dimana ianya dibangunkan dan diterbitkan oleh Riot Games. Permainan ini telah menerima sokongan besar daripada komuniti permainan PC dan ura-ura mengatakan ianya akan memasuki arena mudah alih. Anda boleh mengharapkan untuk…
Honor of Kings International Championship 2022 (KIC 2022), kejohanan permainan mudah alih terbesar pernah ada dimana bermula pada 3 Disember lalu, menampilkan 16 pasukan terbaik dari seluruh dunia. Kejohanan itu menampilkan jumlah hadiah bernilai 10 juta USD, yang mana adalah jumlah hadiah terkumpul tertinggi dalam sejarah permainan mudah alih. KIC 2022 ialah siri Kejohanan Dunia serba baharu untuk Honor of Kings, siri ini merupakan penjenamaan semula untuk Arena of Valor International Championship dan pengganti kepada World Champion Cup. Pasukan Wuhan eStar Pro berjaya menamatkan kejohanan sebagai juara untuk kali pertama pada edisi pertama Honor of Kings International Championship 2022 ini.…
Republic of Gamers (ROG) Malaysia mengumumkan dimana mereka akan menjadi Penaja Telefon Pintar Rasmi Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) selama empat musim, bermula dari Musim 11, yang bermula pada Februari 2023, sepanjang Musim 14, dijangka berlangsung pada akhir 2024. ROG yang komited untuk membina komuniti permainan telah memutuskan untuk bekerjasama dengan MOONTON di MPL MY untuk melengkapkan pasukan terbaik di Malaysia dengan telefon permainan terbaik dan membantu pemain dan pasukan mencapai tahap baharu dalam kerjaya esport mereka. ROG juga menyatakan ini adalah peluang yang baik untuk mengumpul maklum balas daripada pemain mudah alih professional untuk memastikan…
Global Esports Games (GEG) adalah pertandingan permainan berprestij yang merapatkan esukan, sukan, teknologi, hiburan dan budaya adalah acara utama yang dianjurkan oleh Global Esports Federation. Untuk edisi kedua ini, ianya dianjurkan di Istanbul, Türkiye dan berlangsung dari 15-17 Disember 2022. Lebih 300 atlet dari 65 negara dan wilayah bersaing untuk mendapatkan kejuaraan didalam empat permainan iaitu DOTA 2, eFootball™ 2023, PUBG MOBILE dan Street Fighter V: Champion Edition. Malaysia mempunyai 2 wakil untuk acara ini iaitu eFootball dan DOTA 2 (Wanita). Perlawanan akhir DOTA 2 (Wanita) mempersembahkan dua pasukan kegemaran, Malaysia dan Thailand, yang kedua-duanya bermain dengan cemerlang dalam perjalanan…
World Cyber Games (WCG) akan kembali pada 2022-23 ke arena esukan selepas penganjuran edisi terakhir pada tahun 2020. Syarikat dari Korea Bigpicture Interactive Co. telah mengumumkan rancangannya untuk menganjurkan acara tahun ini secara luar talian. Rancangan untuk mengadakan kejohanan ini didedahkan pada satu video baru-baru ini. Secara umumnya, sebelum ini kita biasa melihat World Cyber Games hanya menampilkan permainan PC terkenal sahaja. Namun untuk kejohanan edisi kali ini membawa banyak perubahan termasuk senarai permainan dalam kejohanan ini. Untuk edisi kali ini, ianya dirancang menampilkan Mobile Legends Bang Bang, Hearthstone, Clash Royale dan Valorant, dimana beberapa pusingan kelayakan telah pun dijalankan.…
Kejohanan Dunia M4 kini tinggal kurang sebulan lagi, dengan persiapan untuk kejohanan antarabangsa terus berjalan. Oktober lalu, kami ada melaporkan dimana M4 World Championship akan berlangsung di dua tempat, Dewan XO untuk Peringkat Kumpulan dan Istora Senayan untuk Peringkat Kalah-Mati(Knockout) dan Perlawanan Akhir. Tetapi hari ini pihak MLBB Esports mengumumkan perubahan lokasi dimana Peringkat Kumpulan akan dilangsungkan di Bali United Studio manakala peringkat Kalah-Mati(Knockout) dilangsungkan di Tennis Indoor Stadium Senayan. Disebabkan oleh pertukaran lokasi ini, kapasiti tempat duduk akan berkurangan untuk Peringkat (Knockout), dan penganjur akan membayar balik tiket sewajarnya untuk mereka yang terjejas. Pemegang tiket Peringkat Kalah Mati (Knockout)…
Esports Awards ialah acara tahunan kemuncak bagi meraikan yang terbaik dalam industri esukan daripada pemain dan permainan kepada wartawan dan pencipta kandungan. Daripada pemain, kepada pengulas, dan pencipta kandungan, ia sentiasa menjadi topik perbincangan yang besar dan sumber kebanggaan bagi sesiapa yang dicalonkan. Antara pemenang terbesar ialah Riot Games yang memenangi anugerah untuk Esports Publisher of the Year, Esports Broadcast/Production Team of the Year dan Esports Game of the Year untuk VALORANT. LOUD juga memenangi banyak anugerah untuk Esports Team of the Year dan Esports Creative Team of the Year. Di kategori lain PUBG MOBILE memenangi Esports Mobile Game of…
Riot Games menyaman syarikat teknologi China NetEase pembangun permainan Hyper Front atas dakwaan meniru Valorant. Riot mendakwa Hyper Front meniru beberapa ciri-ciri didalam Valorant seperti peta permainan, reka bentuk senjata, watak, azimat dan elemen. Valorant dilancarkan untuk PC pada tahun 2020 dan Riot sedang membangunkan versi mudah alih. Sementara itu, Hyper Front dilancarkan pada tahun 2022 dan telah tersedia untuk platform mudah alih pada iOS dan Android. Pemain dilaporkan menyedari persamaan antara kedua-dua permainan dan melaporkan tentang unsur peniruan Hyper Front dari Valorant. NetEase bertindak balas dengan membuat pengubahsuaian tertentu pada permainan tetapi menurut Riot, mereka masih melanggar hak ciptanya. Berikut adalah beberapa…
Anugerah Permainan pada 9 Disember kembali untuk meraikan dan memberi penghormatan kepada permainan video terbaik tahun ini. Tahun ini menyaksikan pertembungan antara dua permainan iaitu God of War Ragnarok dan Elden Ring. Walaupun God of War Ragnarok meraih kemenangan terbanyak dengan enam anugerah, termasuk Persembahan Terbaik untuk Kratos, tetapi permainan Elden Ring yang membawa pulang hadiah terbesar malam itu dengan memenangi anugerah Game of the Year. Permainan RPG dunia terbuka yang dibangunkan FromSoftware juga memenangi Best Game Direction, Best Art Direction and Best RPG. Mungkin sesetengah kemenangan tidak dikenali, pemenang The Game Awards tersebut ditentukan oleh gabungan undian daripada komuniti…
Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bertaraf dunia iaitu M4 World Championship yang paling berprestij akan bermula tidak lama lagi. Acara ini akan diadakan di Jakarta, Indonesia dari 1-15 Januari 2023. Kejohanan ini mengundang 16 pasukan terbaik dari pelbagai negara diseluruh dunia. Lokasi untuk peringkat kumpulan berlangsung di Dewan XO (MPL Arena). Sementara, Peringkat Kalah Mati (Knockout) – Grand Final akan diadakan di Istora Senayan, Jakarta Pusat. Keputusan undian kumpulan menyaksikan pertembungan antara Blacklist International dan Falcon Esports dalam Kumpulan A, dan Kumpulan B untuk ONIC dan TODAK. Peringkat Kumpulan berlangsung dari 1 hingga 4 Januari akan menyaksikan enam belas…