Author: Piratz

Generasi seterusnya Call of Duty: Warzone 2.0 akhirnya dilancarkan, membawakan beberapa peningkatan besar ke atas siri Warzone dan menghapuskan catatan mengenai perkembangan dan statistik. Mod Battle Royalenya juga akan mendapat beberapa ciri baharu yang luar biasa sebagai tambahan kepada konsep kegemaran berdasarkan maklum balas komuniti. Dan merentasi semua mod permainan, jangkakan strategi baharu untuk mencapai kemenangan melalui mekanik kenderaan yang dibangunkan semula, pertempuran akuatik dan banyak lagi. Warzone 2.0 yang tidak meninggalkan konsol yang lama, bermakna anda boleh memainkan Warzone 2.0 pada PS5, Xbox Series X/S, PS4, Xbox One dan PC. Ini juga membawa versi asli penuh permainan untuk PS5…

Read More

Organisasi e-sukan Team SoloMid (TSM), yang menandatangani perjanjian kerjasama bernilai 210 juta USD selama sepuluh tahun dengan FTX (Syarikat Pertukaran Crypto) pada 2021, mengumumkan akan menggantung perkongsian mereka selepas FTX mengfailkan muflis pada hari Rabu lepas. Pada 8 November, Binance, bursa crypto terbesar di dunia, bercadang untuk memperoleh FTX dan membantu menampung masalah yang dialami syarikat tersebut. Tetapi hanya sehari kemudian, Binance mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan hasrat itu selepas menyemak dokumen kewangan FTX. Dalam satu kenyataan di Twitter, FTX berkata bahawa pengasas syarikat itu, Sam Bankman-Fried, telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, walaupun dia akan kekal “untuk membantu…

Read More

Liga PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2022 – Kumpulan Merah berakhir semalam. Selepas tamatnya 24 pusingan yang dipertandingkan selama 3 hari, 3 pasukan teratas iaitu Buriram United Esports, Influence Chemin Esports dan S2G Esports berjaya melayakkan diri mereka ke acara kemuncak PMGC 2022 di Indonesia awal tahun hadapan. Buriram United Esports (BRU) merupakan pasukan berasal dari negara Thailand mengungguli saingan apabila berjaya memperoleh 300 mata keseluruhan dengan 4 WWCD. Hari ke-3 adalah hari terbaik mereka apa bila berjaya menjarakkan diri dari kelompok bawah. BRU yang terdiri dari Kengzo, Myn4meP, cSkyOnly dan TIGERx merupakan naib-johan PMPL SEA Championship Fall 2022. Pasukan…

Read More

Asia Pacific Predator League 2022 semalam menutupkan tirainya selepas 3 hari dilangsungkan di Tokyo, Jepun. Pasukan yang layak merentasi 15 negara dan wilayah telah mengambil bahagian dalam perlawanan akhir yang hebat ini. Kejohanan ini mempertandingkan dua permainan iaitu Dota 2 dan PUBG: BATTLEGROUND. Pasukan dari Filipina, Polaris Esports menewaskan pasukan senegara mereka iaitu Execration, 2-1 untuk kategori Dota 2 dan membawa pulang wang kemenangan bernilai 75,000 USD. Polaris sebelum ini menjuarai pusingan kelayakkan Filipina September lepas. Pasukan ini mengungguli perlawanan dengan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan. Untuk pasukan dari Malaysia iaitu Team SMG dan CubbyBoiz gagal dipusingan kalah-mati. Untuk permainan…

Read More

Musim lalu, MPL Malaysia (MPL MY) menyaksikan Pasukan HAQ menumbangkan TODAK dalam siri epik 4-2, dan mempamerkan persembahan yang baik dan mengejutkan untuk peminat permainan itu. PSemasa kemuncak perlawanan akhir MPL MY S10, yang menyaksikan peningkatan tontonan serentak sebanyak 232,500 dan lebih 3,000 penonton menyaksikan aksi sengit itu secara langsung dari lokasi kejohanan. Sebelum ini mereka beraksi dibawah nama Orange Esports, Pasukan HAQ hadir dari pusingan kelayakan dan melangkah ke peringkat akhir, memperoleh kepercayaan peminat dan penyokong mereka sepanjang perjalanan dengan persefahaman dan semangat pasukan yang luar biasa. Pendaftaran MPL Malaysia Musim 11 akan bermula dari 28 November ini. Daftar…

Read More

Mahkamah persekutuan Los Angeles mengatakan Shanghai Moonton Technology Co Ltd dari ByteDance tidak perlu menghadapi tuntutan hak cipta Riot Games Inc atas dakwaan bahawa Moonton meniru sebahagian daripada versi “League of Legends” milik Riot. Tuntutan Riot yang berpangkalan di Los Angeles telah ditolak Selasa lalu kerana pertikaian itu boleh didengar secukupnya di China dan syarikat induk Riot, Tencent Holdings Ltd enggan menyertai kes itu dan memberikan maklumat penting. Ini kerana kes yang sama sedang dibicarakan di China. Hakim berkata adalah tidak jelas elemen permainan “League of Legends” yang dibuat oleh Riot dan Tencent dengan versi yang permainan yang dibangunkan oleh…

Read More

DRX menewaskan T1 3-2 seterusnya memenangi League of Legends Worlds 2022 pertama untuk organisasi itu dan menghalang pasukan T1 dan pemain Lee “Faker” Sang-hyeok daripada mendapat rekod kejuaraan Dunia keempat mereka. Kemenangan itu adalah kemuncak kisah Cinderella DRX ke Worlds. Sebagai pilihan keempat dari Korea, DRX adalah salah satu pasukan yang bukan diramal untuk menjuarai League of Legends World Championship. DRX dibarisi oleh Kim “Deft” Hyuk-kyu, Cho “BeryL” Geon-hee, Hwang “Kingen” Seong-hoon, Hong “Pyosik” Chang-hyeon, Kim “Zeka” Geon-woo dan Lee “Juhan” Ju-han. Pusingan ke-4 merupakan pusingan yang mereka menangi dengan mudah selepas kalah dalam pusingan ke-3, menyayatkan hati di mana…

Read More

Google membawa perkhidmatan Google Play Games untuk PC awal tahun ini, dimana pengenalan awal hanya menfokuskan kawasan terpilih dibenarkan mendaftar untuk beta tertutup. Blog Android Developers, yang merupakan saluran rasmi untuk berita Android dan Google Play untuk aplikasi dan pembangun permainan, baru-baru ini mengumumkan bahawa Google Play Games pada PC sedang beralih ke peringkat beta terbuka dan akan tersedia untuk lapan negara lagi. Hari ini, mereka melancarkan versi beta di lebih banyak wilayah, mengembangkannya ke Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura. Seperti yang mungkin anda bayangkan, terdapat pelbagai jenis permainan yang tersedia untuk Android, dan dapat…

Read More

Telur Mata Cup (TMC) 2022 adalah satu kejohanan yang dianjurkan oleh eGG Network yang membarisi pemain dan pasukan amatur seluruh negara. Kali ini, hadiah wang terkumpul yang ditawarkan meningkat kepada RM50,000 berbanding pada edisi pertamanya iaitu sebanyak RM30,000 sahaja. Selain dari itu, 1 slot untuk PUBG MOBILE National Championship (PMNC) Malaysia 2022 ditawarkan lagi sekali dimana ianya merupakan salah satu kejohanan kelayakan ke PUBG MOBILE Professional League (PMPL) 2023. Pendaftaran TMC 2022 telah dibuka dan akan ditutup pada 19 November ini. Kejohanan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun keatas. Pusingan Kelayakan akan berlangsung secara atas-talian dari…

Read More

Selepas menjadi juara The International 11, Tundra Esports membuat pengumuman kehilangan kejuaraan The International; Aegis Of Champions semalam. Dalam tweet mereka, mereka berkata, “Kawan-kawan, tolong bantu. Malam tadi hilang kawalan, anda tidak akan percaya ini tetapi kami kehilangan Aegis…”. Aegis of Champions ditempa dengan gangsa dan perak dengan bahagian bertentangan mendedahkan pemain dan pasukan yang telah memenangi kejuaraan. Beberapa jam yang lepas, akaun dota2updates mengatakan ianya sudah ditemui. Ianya sebenarnya salah faham dari pihak Tundra Esports sendiri. Piala itu diambil oleh seorang kakitangan Valve bernama Sharon untuk dibungkuskan. Bekas pemain pasukan SMG Dota2 yang berasal dari Singapura Daryl “iceiceice” Koh…

Read More