Author: Piratz

PUBG MOBILE Campus Championship (PMCC) 2022 adalah satu kejohanan yang dianjurkan oleh PUBG Mobile yang menampilkan pasukan terbaik dari pusat pengajian seluruh negara. Kali ini, PMCC menawarkan hadiah wang terkumpul bernilai RM40,800 untuk 16 pasukan yang beraksi di peringkat akhir PMCC Malaysia 2022. Selain dari itu, 4 slot untuk PUBG MOBILE National Championship (PMNC) Malaysia 2022 yang merupakan salah satu kejohanan kelayakan ke PUBG MOBILE Professional League (PMPL) 2023. Untuk siri PMCC Malaysia 2022, sedikit kelonggaran diberikan dimana ianya terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas berbanding siri lepas yang dibuka untuk pelajar Kolej/Universiti yang…

Read More

Kejohanan kelayakkan bagi rantau Asia Tenggara dan Asia untuk melayakkan diri ke IESF World Esports Championship 2022 (IESF WEC) telah pun tamat. Wakil dari Malaysia iaitu pasukan Todak diumumkan sebagai pemenang bagi Kelayakkan Rantau Asia untuk permainan Mobile Legends Bang Bang (MLBB). Di pusingan kelayakkan rantau Asia Tenggara, Todak diletakkan didalam Kumpulan A bersama pasukan dari negara Laos, Vietnam dan Brunei. Perjalanan Todak dilihat mudah selepas menang kesemua perlawanan tanpa ada satu pusingan pun tewas. Pada pusingan akhir rantau Asia mereka membenam pasukan dari Myanmar dengan kemenangan 3-0. Dengan ini, Malaysia akan mara ke peringkat akhir yang akan dilakukan secara…

Read More

Mobile Legends Professional League (juga dikenali sebagai MPL) ialah kejohanan liga esukan profesional untuk Mobile Legends: Bang Bang, dihoskan oleh Moonton Games bersama-sama dengan pelbagai penganjur tempatan di seluruh dunia. MPL diumumkan pada 2017 berikutan berakhirnya kejohanan besar pertama MLBB, MLBB Southeast Asia Cup 2017 yang disertai oleh pasukan dari Filipina, Indonesia, dan Malaysia/Singapura sebagai liga trio MPL asal. Lebih banyak liga dari negara lain telah ditambah sepanjang tahun dengan Myanmar menjadi tambahan pertama kepada siri MPL pada 2018, diikuti dengan kemasukkan Kemboja (Cambodia) dan Brazil pada 2021. Pada tahun 2021 menyaksikan liga profesional Malaysia dan Singapura dipisahkan menjadi liga…

Read More

Akhirnya persoalan ramai terjawab apabila pihak PUBG Mobile Esports mendedahkan pembahagian slot untuk acara kemuncak PUBG Mobile yang akan datang iaitu PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2022. Berbeza seperti edisi yang lalu, tahun ini sebanyak 51 pasukan terbaik seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam pertandingan itu, bermula pada 22 November ini. 48 pasukan akan bertanding didalam peringkat liga manakala 3 pasukan mendapat jemputan terus ke peringkat akhir. Ini bermakna 48 pasukan akan bertarung di peringkat liga bagi merebut 13 slot di peringkat akhir yang akan berlangsung secara luar talian (offline) di Indonesia Januari tahun hadapan. Bagi peringkat liga, dari 48…

Read More

Acara kemuncak bagi arena kompetitif permainan FreeFire iaitu Free Fire World Series (FFWS) 2022 telah diumumkan oleh pihak Garena yang berlangsung pada November ini di Bangkok, Thailand. Kejohanan kedua FFWS 2022 akan diadakan berjalan dalam 2 fasa, Peringkat Play-in akan berlangsung pada 25 November dan Peringkat Akhir pada 26 November. Pada bulan Mei lalu, pasukan Farang Esports dan Todak beraksi di arena FFWS 2022 Sentosa yang berakhir dengan pasukan Attack All Around dari Thailand memenangi gelaran dan dinobatkan sebagai juara. Untuk edisi FFWS sebelum ini dimenangi oleh pasukan Corinthians dari Brazil (FFWS 2019 Brazil), Phoenix Force (FFWS 2021 Singapore). Dua…

Read More

Sony telah mengumumkan telefon pintar baharu, Sony Xperia 1 IV Gaming Edition, telefon pintar yang dinaik taraf daripada Xperia 1 IV (disebut “Sony Xperia One Mark Four”) dengan spesifikasi RAM dan ROM yang dinaik taraf serta keserasian dengan aksesori Xperia Stream. Sony Xperia 1 IV adalah peranti rasmi yang digunakan semasa PUBG Mobile World Invitational (PMWI) 2022 di Riyadh, Arab Saudi sebelum ini. Bagi PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2022, Sony Xperia juga dipilih untuk menjadi rakan peranti rasmi untuk kejohanan kemuncak PUBG Mobile tersebut. Sony Xperia 1 IV Gaming Edition, mempunyai persamaan bagi reka bentuk dan spesifikasi seperti model…

Read More

Teknik atau helah “Jump+Punch” ialah salah satu cara yang paling berguna untuk mengejutkan musuh dalam PUBG Mobile, walaupun itu merupakan bug dalam permainan. Ianya akan menyebabkan pemain lawan tidak akan mendengari langkah atau pergerakkan pemain yang menggunakan teknik ini dan ia menjadikan mereka seperti didalam mod senyap. Helah ini sangat popular di kalangan pemain profesional yang beraksi didalam kejohanan PUBG Mobile. Baru-baru ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa bug “Jump+Punch” akan diperbaiki dalam kemas kini yang akan datang. Di Game for Peace (salah satu versi PUBG Mobile untuk negara China) ianya dikatakan telah diperbaiki dan cara ini tidak lagi…

Read More

PUBG Mobile akan berkolaborasi bersama dengan animasi popular tempatan iaitu BoBoiBoy yang dihasilkan oleh Animonsta Studio. Perkara ini dikongsikan oleh pihak PUBG Mobile dan BoBoiBoy dengan video teaser berdurasi 16 saat berjudul “Bukan Sekadar Budak Kecil…” Apakah yang akan dibawakan oleh PUBG Mobile dengan kolaborasi ini? Adakah skin atau pek suara watak animasi tersebut seperti BoBoiBoy atau Adudu? Atau kita akan lihat kedai Tok Aba Kokotiam diletakkan didalam peta permainan.

Read More

Pusingan kelayakkan Asia Pacific (APAC) Predator League 2022 untuk Malaysia telah pun menamatkan tirai dimana RSG dan ShuaiDeGui (SGD) dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang hadiah sebanyak RM 11,000 dan Predator Gaming Chair. RSG akan mewakili Malaysia untuk permainan Dota 2 manakala SGD untuk PUBG: BATTLEGROUNDS di pusingan akhir yang diadakan di Jepun dari 11 hingga 13 November 2022. RSG yang dibarisi oleh Wong “mks” Sim An, Ng “xsilearn” Anwei, Lee “X1aOyu” Qian Yu, Trần “xiaobonbon” Hoàng Minh Quý, dan Roger Tan “Roddgee” Boon Thye, berjaya membenam pemenang pingat emas di Commonwealth Esports Championships 2022 (CEC2022); Team Atlantis dengan…

Read More
FPS

Ubisoft kini menjemput pemain untuk mendaftar dan mencuba ujian beta “versi awal” Rainbow Six Mobile. Walaupun ingin menekankan bahawa peranti mudah alih dalam “ujian ini tidak mewakili senarai akhir peranti untuk pelancaran” dan bahawa “kandungan dan kualiti permainan masih dalam proses”, pembangun/penerbit mengatakan beta tertutup dilancarkan secara langsung di negara terpilih: Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Filipina, Singapura dan India. Malangnya, tidak menyenaraikan negara Malaysia sebagai salah satu negara pilihan atau pemain dengan peranti Apple boleh terlibat bersama-sama. Permainan “first-person shooter” taktikal ini adalah percuma dan pemain bertanding antara satu sama lain dalam perlawanan 5v5, atau “Serangan vs Pertahanan”. Seperti…

Read More