Author: Piratz

Siri Assassin’s Creed sedang dirancang untuk peranti mudah alih dengan semua aksi-aksi yang kita lihat dalam permainan yang dibangunkan untuk konsol dan PC. Dikenali dengan Codename JADE ialah nama projek ini akan membawa Assassin’s Creed berlatarkan suasana China Purba dan di dalamnya anda akan mempunyai permainan yang jarang dilihat dalam permainan mudah alih. Ia adalah permainan aksi pengembaraan dengan elemen RPG berskala AAA dan ia kelihatan cukup mengagumkan. Bersenario berskala besar, semua mekanik yang hadir dalam permainan Assassin’s Creed pada konsol dan PC, tanpa melupakan visual kualiti tertinggi akan dibawakan pada peranti mudah alih, Jade adalah pertaruhan yang kuat oleh…

Read More

PUBG Global Championship (PGC) ialah acara kemuncak bagi permainan PUBG dan ianya dianjurkan oleh PUBG Corporation. Pasukan terbaik seluruh dunia dijemput untuk menyertai kejohanan ini. Bagi PGC 2022, ianya akan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Sebanyak 32 pasukan yang mengambil bahagian dari empat wilayah di seluruh dunia akan bersaing untuk mendapatkan hadiah wang berjumlah $2 juta dolar Amerika selama kira-kira tiga minggu dari 1 hingga 20 November. Slot bagi PGC yang diperuntukkan mengikut wilayah adalah seperti berikut. Asia – 12 pasukanEropah – 8 pasukanAsia Pasifik – 6 pasukanAmerika – 6 pasukan PGC 2022 akan terdiri daripada kejohanan ‘mingguan’ sama…

Read More

Gundam Evolution dari Bandai Namco, permainan percuma yang menampilkan pelbagai model Gundam dan Sut akan tiba di PC dan versi konsol Gundam Evolution akan tiba dua bulan kemudian. Gundam Evolution adalah permainan pertempuran enam lawan enam merentas tiga mod permainan berasaskan objektif: Point Capture, Domination, dan Destruction. Akan ada 10 peta yang boleh dimainkan semasa pelancaran berserta pas pertempuran percuma atau berbayar yang boleh digunakan untuk membuka pelbagai reka bentuk sut dan item profil baharu. Menurut pembangun, terdapat lebih daripada 500 item tersedia untuk dibuka pada pelancaran. Bersama-sama dengan pelancaran Gundam Evolution, pembangun juga ada memberikan butiran pertama mengenai Musim…

Read More

Tencent meningkatkan pegangan sahamnya di Ubisoft dengan pelaburan €300 juta (~RM 1.33 bilion) dalam Guillemot Bros, syarikat yang dikendalikan oleh pengasas bersama Ubisoft. Tencent kini mempunyai 49.9 peratus kepentingan dalam Guillemot Bros., yang mempunyai kepentingan terbesar dalam Ubisoft. Dengan perjanjian baharu ini, Tencent telah dibenarkan untuk menggandakan pegangannya dalam Ubisoft kepada 9.99 peratus, manakala Guillemot Bros.’ pegangan dalam Ubisoft boleh mencapai 29.9 peratus. Tencent dan Guillemot Bros. boleh memiliki sebahagian besar saham Ubisoft, kerana ianya didominasi oleh keluarga Guillemot dan Tencent. Dengan pelaburan ini, kami berharap ianya akan membantu pihak Ubisoft memperkenalkan beberapa permainan mereka untuk peranti mudah alih. Tencent…

Read More

Sony mengumumkan awal hari ini pada 7 dimana kemas kini perisian sistem PS5 kini boleh dimuat turun untuk semua pengguna di seluruh dunia. Yang dinantikan dalam kemas kini ini ialah pilihan output baharu 1440p untuk pengguna PS5, yang memberikan pemain pilihan output selain daripada 1080p dan 4K. Akhirnya Sony memperkenalkan senarai permainan atau folder untuk senarai permainan pada PS5 anda. Anda kini boleh mengatur permainan anda dan membuat senarai khusus, di mana anda boleh menambah sehingga 100 permainan bagi setiap senarai sehingga 15 senarai kesemuanya. Terdapat juga penambahbaikan yang tertumpu kepada pengalaman pengguna dalam kemas kini perisian sistem PS5 baharu.…

Read More

Jika anda menonton PUBG MOBILE Pro League MYSGPH Fall 2022 lalu, pasti akan sudah mengetahui akan ketibaan peta baharu bernama Nusa dalam kemaskini yang akan datang. Nusa adalah sebuah pulau tropika yang dikelilingi oleh tebing tinggi dan hamparan pantai. Pulau ini dipenuhi dengan pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati seperti rumah besar di tengah pulau, belon udara panas, kincir angin, roda ferris (ferris wheel), hinggalah ke gua-gua tersembunyi. Nama peta yang diambil dari perkataan “Nusantara” ini direka berdasarkan keindahan pulau Bali di Indonesia. Nusa ialah peta ketujuh yang diperkenalkan di permainan PUBG MOBILE, bersama-sama peta Livik, Miramar, Erangel, Vikendi, Karakin…

Read More

Pencarian 3 lagi pasukan untuk PMPL SEA Championship Fall 2022 kini telah tamat. Don’t Break Dreams (DBD) wakil dari PMPL MYSGPH Fall 2022 berjaya melayakkan diri bersama 2 lagi pasukan dari PMPL Thailand iaitu Vampire Esports (VPE) dan TEM Entertainment (TEM). Pusingan yang dikenali sebagai PMPL SEA Play-In tersebut dijalankan selama 2 hari bermula 3 September dan berakhir pada 4 September 2022 disertai oleh beberapa pasukan dari PMPL MYSGPH Fall, PMPL Indonesia Fall, PMPL Thailand Fall, PMPL Vietnam Fall dan Asia Pacific Cup. DBD beraksi dengan baik pada hari pertama dengan mendahului carta dengan mengutip 75 mata. Rezeki menyebelahi mereka…

Read More

Julai yang lalu, Moonton telah mengeluarkan video pendek di saluran YouTube rasmi mereka yang memberi gambaran tentang kemas kini Project NEXT yang akan dijangka dilancarkan September 2022 untuk Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Hari ini, Moonton mengumumkan untuk tidak melakukan penambahan dalam permainan dan telah membatalkan kemas kini Project NEXT ini. Pereka utama MLBB Skyhook mengesahkan penamatan kemas kini dalam satu ciapan melalui akaun rasmi MLBB di Twitter. Kemas kini ini akan membawa perubahan kepada beberapa wira jenis pembunuh (Assasin), Gusion dan Lesley. Melalui kemas kini ini, mereka memberi Lesley perubahan yang akan membantu meningkatkan penampilan wajah, dan pakaiannya, serta…

Read More

Pengurus Besar Esports Indonesia (PBESI) mengesahkan kesediaan mereka untuk mengadakan acara besar Indonesia Esports Summit: Bali 14th World Esports Championships 2022 (IESF WEC). Acara esukan bertaraf dunia ini akan berlangsung di Bali dari 2 hingga 11 Disember 2022. Khusus untuk World Esports Championship, satu siri kejohanan di Bali akan menjadi kemuncak kepada siri kelayakan yang berlangsung di seluruh dunia dari Februari hingga Oktober 2022. Secara keseluruhan, lebih 1 juta atlet esukan dari 120 negara dan 5 wilayah (Oceania, Eropah, Asia, Pan America, Afrika) telah disenaraikan sebagai peserta dalam IESF WEC2022 ini. Kejohanan dunia ini mempertandingkan 6 jenis permainan popular, ini…

Read More

Aplikasi Facebook Gaming adalah sebuah aplikasi yang memudahkan pengguna mengikuti dan berinteraksi yang memfokuskan kepada kandungan berkaitan dengan pemainan. Mula diperkenalkan pada April 2022, ianya dijangka akan memberi saingan pada Twitch dan YouTube Gaming. Selain menonton strim, anda juga turut boleh melakukan penstriman dari telefon pintar ke Facebook menggunakan aplikasi ini. Hari ini, Gothalion (penstrim Twitch) berkongsi tangkapan layar pengumuman dari Facebook Gaming dimana mereka akan menamatkan aplikasi Facebook Gaming untuk Android dan iOS pada 28 Oktober 2022. Mereka juga menyatakan bahawa fungsi aplikasi itu akan dipindahkan ke aplikasi Facebook.

Read More