Author: Piratz
FIFA 22, edisi terkini permainan bola sepak dari EA Sports, menyertai EA Play pada 23 Jun. Ini juga bermakna ia akan tersedia kepada ahli Xbox Game Pass Ultimate, yang mendapat akses EA Play sebagai sebahagian daripada langganan mereka. Pada masa ini EA Play menawarkan percubaan permainan FIFA 22 selama 10 jam, tetapi ini akan digantikan dengan permainan penuh pada 23 Jun. Sebagai ahli EA Play, anda mendapat kandungan dalam permainan yang hebat yang membolehkan anda memanfaatkan FIFA 22: termasuk lebih banyak cara ekslusif untuk menonjolkan kelab anda dengan Kit Cheetahs Cape Town, Crest, Tema Stadium dan Tifo. Log masuk ke…
Persekutuan Sukan Elektronik Arab Saudi (Saudi Esports Federation (SEF)), menganjurkan acara terbesar untuk sukan dan permainan elektronik didunia iaitu Gamers8.
23 Oktober 2019 adalah tarikh dimana organisasi yang berasal dari Singapura iaitu RSG (sebelum ini dikenali sebagai Resurgence) memasuki arena PUBG Mobile Malaysia. Dalam pada masa yang sama mereka membariskan SmallBoy, Vokey, Y2K, dan IronPRO sebagai pemain. Sehingga musim lepas, hanya SmallBoy masih setia bersama RSG. Mengejutkan, pihak RSG Malaysia mengumumkan kapten pasukan mereka iaitu Alexis Aw “SmallBoY” Chee Loong tidak lagi bersama mereka untuk musim akan datang.
Didalam arena PUBG Mobile Malaysia, siapa tidak mengenali Jumper atau nama sebenar beliau Muhammad Izzrudin; anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini. Pada musim lepas beliau menyertai Axis RedONE dan dijemput untuk bermain di barisan pertama pasukan Tabah NSEA semasa Sukan SEA yang lepas. Hari ini melalui akaun Facebook Axis Esports, mengumumkan dimana Jumper tidak lagi bersama mereka untuk musim akan datang. Pasukan mana yang akan disertai Jumper untuk musim seterusnya, kami masih berteka-teki mengenainya. Antara terbaik percapaian Jumper di arena PUBG Mobile : Juara 🥇 – PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019 (Victorious In Play (VIP))Naib Johan 🥈 -…
Capcom mengumumkan edisi Remake untuk Resident Evil 2 dan 3, serta Resident Evil 7 telah dilancarkn untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X/S hari ini. Untuk kemasikini edisi Remake ini, berapa ciri baru diperkenalkan seperti menyokong paparan 4K, frame rate yang lebih tinggi, pengesanan sinar (ray tracing) dan audio 3D. Selain dari itu, maklum balas haptik DualSense dan sokongan adaptive trigger juga tersedia pada PlayStation 5. Pemain PlayStation 4 dan Xbox One boleh menaik taraf tanpa kos tambahan melalui program peningkatan digital dan Smart Delivery. Sumber: Capcom
Semasa Xbox & Bethesda Showcase di Summer Game Fest, Riot Games mengumumkan League of Legends dan Wild Rift akan tiba di Xbox Game Pass dalam masa terdekat. Dengan penawaran tersebut, ahli Game Pass akan diberikan akses kepada semua watak (Champion) untuk kedua-dua permainan tersebut. Selain itu, mereka juga memberikan akses kepada semua 18 watak (Agent) untuk permainan Valorant tanpa bayaran tambahan atau perlu bermain terlebih dahulu. Untuk permainan kad strategi Legends of Runeterra, ahli Game Pass akan mendapat Set Asas (Foundations Set), atau kad pertama yang dikeluarkan untuk permainan itu, tanpa sebarang kos. Akhirnya, ahli Game Pass akan mendapat akses…
Setelah sekian lama, hari ini Blizzard Entertainment mengesahkan kehadiran Diablo 4 ke platform Sony PlayStation 4 dan 5, Xbox One dan Xbox Series X/S serta PC. Dan yang paling penting, setiap platform permainan ini tersedia akan menampilkan permainan silang (cross-play) untuk semua platform. Tiada laluan tetap mesti diikuti dalam Diablo 4; pemain boleh memilih untuk maju dalam apa jua cara yang mereka mahu. Pengalaman terbuka ini berlanjutan ke akhir permainan, di mana pemain boleh menguji kemahiran mereka dalam Nightmare Dungeons, menikmati keganasan pertempuran dalam zon PvP khusus, membina Paragon Boards untuk terus memajukan dan menyesuaikan watak mereka melebihi tahap maksimum,…
Di Summer Game Fest, Xbox dan Bethesda Showcase mengesahan kerjasama baharu Microsoft dengan Hideo Kojima iaitu pencipta bagi permainan popular Metal Gear Solid. Butirannya mengenai kerjasama tersebut tidak dijelaskan, tetapi menurut Kojima ianya adalah permainan yang baru sama sekali, tidak pernah dialami atau dilihat oleh sesiapa pun sebelum ini. “Hi, everyone, this is Hideo Kojima. Yes, there is a game I have always wanted to make. It’s a completely new game, one that no one has ever experienced or seen before. I’ve waited very long for the day when I could finally start to create it. With Microsoft’s cutting edge…
Battlegrounds Mobile India Pro Series Musim 1 (BMPS) ialah kejohanan BGMI terbesar yang menampilkan hadiah terkumpul sebanyak 2 crore INR (kira-kira RM 1.1juta). Pusingan Liga bermula pada 19 Mei hingga 5 Jun dan diikuti oleh pusingan akhir selama 4 hari bermula 9 Jun 2022. Team Soul telah dinobatkan sebagai pemenang dalam acara sulung bagi Battleground Mobile India. Mortal yang duduk di bangku simpanan adalah orang menubuhkan pasukan tersebut memberi kepercayaan kepada Omega untuk mengetuai pasukannya bersama-sama Akshat, Goblin dan Hector sebagai pemain. Semasa pusingan liga berlangsung mereka menamatkan perlawanan di tempat kedua dibelakang OR Esports (Orange Rock). Tetapi, semasa di…
Acara kemuncak bagi Liga Professional PUBG Mobile (PMPL) Asia Tenggara untuk musim ini telah pun tamat dimana kejuaraan tersebut dimiliki oleh pasukan dari Vietnam; D’Xavier dianggotai oleh Rabiz, Franky, Lamborghini, TDuc dan ViCoi. Pasukan negara, Team Secret gagal mempertahankan kejuaraan mereka untuk musim ini dengan menamatkan perlawanan di tempat ke-9 secara keseluruhan dengan kutipan mata sebanyak 130 mata. D’Xavier merupakan pemenang pingat perak di Sukan SEA yang lepas, membuktikan mereka mampu merampas kejuaraan ini walaupun prestasi mereka pada hari kedua sedikit menurun. Dengan itu mereka membawa pulang piala kejuaraan dan hadiah wang kemenangan kira-kira RM139,000 (USD 31,500). Pasukan Vampire Esports…