Kelab esukan terkemuka dunia, Team Vitality, hari ini mengumumkan pengambilalihan organisasi esukan Indonesia, Bigetron Esports, dalam satu langkah strategik untuk mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran mobile gaming dan Asia Tenggara. Penggabungan ini akan menukar identiti Bigetron kepada “Bigetron by Vitality”, sambil mengekalkan warisan tempatan dan memperluas jenama Team Vitality ke rantau ini.


Melalui pengambilalihan ini, Team Vitality akan memanfaatkan reputasi Bigetron sebagai antara pasukan esukan terkuat di Asia Tenggara, dengan kehadiran dalam empat permainan mudah-alih utama:
- Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) – Juara ketiga MPL ID 2024 dengan 4 juta penonton serentak.
- PUBG Mobile – Juara dunia 2019 & 2020, dengan jumlah kemenangan melebihi $1.2 juta.
- Free Fire – Juara FFWS Indonesia Fall 2024 dan layak ke Grand Finals 2024.
- Honor of Kings – Juara Kelayakan Indonesia untuk HoK Invitational Season 3.
Selain itu, Bigetron juga memiliki pasukan Women’s MLBB, yang kini akan mendapat sokongan penuh menjelang Esports World Cup 2025.
Pasukan yang layak ke Esports World Cup 2025 akan bertanding di bawah nama Team Vitality, manakala pasukan MLBB, PUBG Mobile, Free Fire, dan Honor of Kings akan kekal sebagai Bigetron by Vitality. Dengan perluasan ini, Team Vitality dan Bigetron bersedia mendominasi esports global, terutamanya dalam mobile gaming, sambil memberi peluang lebih luas kepada pemain Asia Tenggara.