Setiap pertandingan pastinya akan ada drama dan isu-isu hangat. Kali ini melibatkan kes ‘joki’ di dalam kejohanan Call Of Duty Mobile Major Series Musim ke 7 Indonesia. Pemain yang terlibat akan menerima hukuman 8 bulan tidak boleh menyertai mana-mana pertandingan rasmi CODM.
Pasukan Relentless tersingkir dari saingan kerana 3 ahli pasukan ditangkap kerana isu yang sama dan tidak cukup pemain bagi meneruskan saingan. Slot mereka akan diberikan kepada pasukan yang menduduki tempat kedua.


![[CODM Major Series] 8 Pemain Digantung Selama 8 Bulan](https://arkd.my/wp-content/uploads/2022/07/major-series-season-7-call-of-duty-mobile-segera-dimulai-yuk-daftar_169.jpeg)