Author: Pencerita Esukan

Teka teki bilakah tiket akan mula dijual bagi kemasukan ke Stadium Juara untuk menyaksikan kejohanan MPL Malaysia Musim ke 11 terjawab hari ini (Jumaat – 3 Mac 2023). Peminat boleh mula mendapatkan tiket menerusi aplikasi yang telah di sediakan pihak penganjur kejohanan. Tiket dijual dengan tanda harga serendah RM 10.00 menerusi platform Ticket2u bermula tengahari tadi. Perlawanan hari pertama akan melibatkan Team Haq (Juara Musim ke 10) akan turun menentang HomeBois yang membariskan pemain yang cukup bertenaga untuk merempas kejuaraan musim ke 11 kali ini. Manakala perlawanan kedua di sebelah petang, akan melibatkan pendatang baru iaitu Team Secret akan turun…

Read More

ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan harga pasaran dan ketersediaan ROG Phone 6D Series dan BATMAN Edition untuk pasaran Malaysia. Harga dan Ketersediaan ROG Phone 6D (12GB+256GB) Space Grey berharga RM 3,499, manakala ROG Phone 6D Ultimate (16GB+512GB) Space Grey berharga RM 4,999 yang disertakan dengan AeroActive Cooler 6 dalam kotak. ROG Phone 6D ini model akan tersedia di Malaysia bermula dari 9 November 2022. Manakala ROG Phone 6 Batman Edition (MediaTek Dimensity 9000+ 5G) dengan 12GB RAM dan storan 256GB akan dijual pada tanda harga RM4,799 dengan aksesori padanan eksklusif. Ketersediaan ditetapkan pada akhir…

Read More

Setelah mereka menukar pasukan di saat akhir pada kejohanan jemputan MPLI 2022 dengan menghantar pasukan kedua mereka, malam tadi pihak RRQ secara rasmi memperkenalkan barisan pemain Hoshi yang akan beraksi di pentas kejohanan dunia MLBB musim ke 4. Selain Todak yang tidak pernah ketinggalan kedudukan di dalam kejohanan dunia ini RRQ Hoshi juga mempunyai rekod yang sama. Rekod terbaik mereka ialah menamatkan kejohanan di tempat kedua ketika siri pertama kejohanan dunia ini ketika itu Evos Legend menjadi juara dan berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 2019. Barisan Pemain dan kejurulatihan : Acil – Analyst – Adi Syofian AsyauriBanana – Exp…

Read More

16 pasukan kini lengkap dan sedang melakukan persiapan terakhir mereka menjelang pembukaan tirai kejohanan dunia MLBB Musim ke 4, 16 pasukan akan terbang ke Jakarta, Indonesia awal januari 2023 depan. Mereka akan beraksi di dua lokasi berbeza mengikut peringkat pertandingan. Peringkat kumpulan akan berlangsung di Arena MPL, dewan XO, manakala peringkat akhir akan berlangsung di Istora Senayan, Jakarta. Kejohanan ini akan bermula pada 1 sehingga 15 Januari 2023. 800,000 USD menjadi taruhan, mampukah Blacklist International dari Filipina mempertahankan kejuaraan milik mereka apabila musim ini kebanyakkan pasukan benar-benar melakukan persiapan di luar jangkaan. Wilayah/NegaraPasukanMALAYSIATeam Haq (Juara MPL MY musim ke-10)Todak (Naib juara…

Read More

Orange Esports gagal mempamerkan aksi yang sama seperti perlawanan pembukaan tempoh hari apabila mereka mudah dijinakkan pasukan Geek Fam dari Indonesia dengan mata 2 berbalas 1 sebentar tadi. Dengan tertewasnya mereka sebentar tadi, perjalanan Orange Esports di dalam kejohanan MPLI 2022 terhenti. Perlawanan tumpuan seterusnya melibatkan wakil dari Malaysia ialah Todak akan beraksi pada jam 9 malam ini. Perlawanan Pertama : Perlawanan Kedua : Perlawanan Ketiga :

Read More

Perlawanan menentang Slate dari Singapura tadi Cikugais beraksi seperti pepatah berkata anak harimau jangan diajar bertampar, ingat ingat kukunya apabila 2 kali mendapatkan gelaran MVP. Tetapi pujian juga harus diberikan kepada seluruh pasukan dan barisan jurulatih untuk memastikan perlawanan hari ini di menangi oleh pasukan Todak. Moment menarik perlawanan pertama ialah Savage milik Ciku dipatahkan oleh rakan sepasukan iaitu Yums. Todak menang bersih 2 berbalas 0 sebentar tadi, dan menghantar Slate pulang awal dari kejohanan MPLI 2022 ini. Todak akan menanti lawannya diantara Onic Filipina ataupun Aura Esports. Perlawanan Pertama : Perlawanan Kedua :

Read More

Bagai sirih pulang ke gagang, selamat kembali Ariff Iswandi atau Amoux ke pasukan Todak MLBB. Amoux akan mengantikan posisi yang ditinggalkan Hazim, Hazim pula akan bertindak selaku penganalisa pasukan. Ini bukan kali pertama Amoux bersama pasukan Todak, beliau pernah bersama ketika Todak mendapat tempat ketiga dalam kejohanan dunia M yang pertama, ketika itu berlangsung di Axiata Arena Kuala Lumpur. Dengan kejayaan itu Amoux banyak menerima tawaran dari pasukan luar negara antaranya Bigetron Aplha dan pasukan Geek Fam. Selepas Geek Fam gagal mara ke MPL Musim Ke 10 Amoux bertindak mencari pasukan baru yang memerlukan khidmat jurulatih, pada pusingan Playoff MPL…

Read More

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah pepatah yang dapat diungkap bagi perlawanan Best Of 3 diantara Orange Esport menentang juara MPL Kemboja Burn X Flash sebentar tadi. Orange akan bermain di perlawanan MPLI 2022 yang seterusnya. 31 minit cukup untuk memberikan senyuman kepuasan kepada pasukan Orange Esports, mereka berjaya menang 2 berbalas 1 di tangan Burn X Flash. Pada babak ketiga perlawanan, boleh dikatakan kemenangan ini terarah kepada pasukan kemboja. Namun percaturan demi percaturan diatur pemain Orange Esports untuk melengahkan permainan. Dua kali pencurian Lord di lakukan pemain Orange Esports dan memaksa Burn x Flash berundur…

Read More

Salah satu komuniti DOTA 2 terbesar di Malaysia twt_dota telah mengumumkan yang acara PUBSTOMP bakal kembali secara offline tahun ini. Pada edisi ke 10 The International ini PUBSTOMP hanya berlangsung secara dalam talian (menerusi aplikasi Discord) akibat penularan pandemik covid 19 di seluruh dunia. Bertempat di LaCrista Hotel Melaka pada 29-30 Oktober 2022 bersempena perlawanan akhir The International 2022. Kali terakhir acara ini diadakan ialah pada 2019 bertempat di Battle Arena Kuala Lumpur. Terdapat 4 tier pakej tiket yang anda boleh pilih: LEGENDS = RM15/DAY Free Standing in Selected AreaANCIENT = RM40/DAY Normal Chair Seating & MerchandiseDIVINE = RM60/DAY Premium…

Read More

Todak Academy baru-baru ini melancarkan sebuah Program pengajian yang ditaja 100% oleh Todak Holdings dan ianya bertujuan untuk melahirkan lebih ramai penggiat industri kreatif. Majlis perasmian berlangsung pada 25 Oktober 2022 itu turut disempurnakan dengan kehadiran CEO Todak Academy Mohamad Taufik Rizal Aminuddin, CEO Todak Holdings Lan Todak, dan juga CEO Todak Studios Broneotodak. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Todak Holdings Sdn Bhd, Khairul Azlan Zainal Ariffin idea ini tercetus apabila beliau sering turun padang bertemu dengan pemilik-pemilik animasi studio yang mempunyai masalah yang sama (ketandusan pekerja di sektor ini dan kurang kelayakan). Kami ingin membantu penggiat industri dan mahasiswa…

Read More