Majlis Olimpik Asia (OCA) secara rasmi memeterai kontrak tuan rumah bersama Kuwait bagi menganjurkan edisi sulung Asian Esports and Mind Sports Games yang dijadualkan berlangsung pada 2027.
Pengumuman penting itu dimeterai di luar kejohanan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Kejohanan baharu ini dijangka menghimpunkan seramai 4,000 atlet, mencerminkan populariti luar biasa serta potensi besar sukan elektronik (esports) dan sukan minda di rantau Asia.


Misi Memperkasa Atlet Asia
Inisiatif ini merupakan pembaharuan rasmi pertama di bawah kepimpinan Presiden OCA, Yang Teramat Mulia Sheikh Joaan bin Hamad Al-Thani.
“Pelancaran temasya ini selari dengan visi kami untuk menyatukan benua ini menerusi sukan, di samping membuka peluang baharu untuk atlet mempamerkan bakat mereka,” ujar beliau.
Dalam perkembangan sama, OCA kini sedang dalam sesi perbincangan bersama Filipina untuk menjadi tuan rumah bagi edisi kedua pada tahun 2029. Keputusan rasmi mengenainya dijangka diumumkan pada Perhimpunan Agung OCA 2027 di Doha.
Sumber: Majlis Olimpik Asia

