Kejohanan e-sukan Free Fire paling berprestij di rantau ini, Free Fire World Series (FFWS) Southeast Asia 2026 Fall bakal membuka tirainya secara rasmi pada 14 Ogos ini. Sebanyak 18 pasukan terbaik dari rantau Asia Tenggara bakal bertarung selama lima minggu demi merebut gelaran juara rantau serta 8 slot ganjaran ke FFWS Global Finals 2026 pada November depan.
Wakil Pasukan:
- Malaysia (3): VAMOS, Esports Putrajaya, Maqna Esports Club
- Indonesia (5): Bigetron by Vitality, Evos Divine, MBR Omega, Onic, RRQ Kazu
- Thailand (5): AG.AL, Buriram United Esports, Team Akkee, Team Falcons, Twisted Minds
- Vietnam (5): Gangster, Gow Esports, P Esports, Secret WAG, Team Flash
Tumpuan Malaysia pastinya pada VAMOS yang meraih tempat ke-4 pada edisi Spring lalu.


Format Ringkas:
- Knockout Phase 1 (14–23 Ogos): 18 pasukan kumpul mata; 12 teratas mara ke Fasa 2.
- Knockout Phase 2 & 3 (28 Ogos – 6 Sep): Perebutan slot ke penentu akhir.
- Grand Finals (19–20 Sep): Berlangsung di Surabaya menggunankan format Champion Rush (syarat baharu 110 mata + Booyah!).


Kerjasama bersama Red Bull turut kembali dengan item dalam permainan dan tin edisi khas menjelang Oktober. Tonton siaran langsung di saluran rasmi Free Fire Esports (Bahasa Melayu & Inggeris).


