Author: Pencerita Esukan

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menaikkan nama esukan di pelbagai peringkat termasuk peringkat negeri dan daerah. Kelab Esukan Negeri Sembilan juga telah menempah nama di peringkat Sukan Asia Tenggara ke 31 (SEA Games) yang berlangsung di Vietnam tempoh hari dengan kejayaan membawa pulang pingat gangsa bagi kategori PUBG Mobile Berpasukan. Pada 10-11 September 2022 yang lalu, Pusat Perkhidmatan ADUN Bahau telah menganjurkan MLBB Esports Challenge DUN Bahau 2022. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini telah di sertai oleh 32 pasukan dan berlangsung secara atas talian namun hanya 8 pasukan sahaja yang mara ke pusingan akhir yang berlangsung secara luar…

Read More

Sukan Malaysia Kuala Lumpur 2022 (SUKMA) Ke 20 yang menawarkan sebanyak 426 pingat secara keseluruhan akan membuka tirai pada pertengahan bulan september ini. Bagi kategori esukan sebanyak 5 pingat akan dipertandingkan. Kejohanan bagi kategori ini akan berlangsung daripada 17 – 19 september 2022 secara luar talian. Antara permainan video yang dipertandingkan edisi kali ini ialah. • Konsol (PS4) – Pro Evolution Soccer 2021. – Perseorangan- Berpasangan- Berkumpulan • Komputer – Dota 2 (Lelaki/Wanita)• Permainan Mudah Alih (Phone) – Mobile Legends Bang Bang Pada edisi 2018 yang berlangsung di Ipoh, Perak yang lalu, acara esukan ini telah mula diperkenalkan kepada umum…

Read More

Pusingan kelayakan bagi kejohanan dunia permainan video Dota 2 The International siri ke 11 akan bermula pada bulan September 2022 ini. Selepas saingan PGL Arlington dan ESL ONE Malaysia 2022 berakhir, tumpuan peminat kini pada pusingan kelayakan The International ini. Hari ini pihak penganjur telah mengemaskini format kelayakan yang akan digunakan sepanjang kejohanan ini berlangsung. Berikut ialah masa dan zon kelayakan pasukan kegemaran anda berserta pasukan yang akan hadapi demi mendapatkan slot ke The International 11. Pasukan yang mempunyai barisan pemain sepenuhnya dari Malaysia iaitu Summit Gaming dan pemenang pingat emas CEC 2022; Atlantis akan bermain di saingan Lower Bracket…

Read More

Musim kedua liga Semi Profesional Championship MLBB ini kembali menemui peminat. Walaupun ada sesetengah individu mempertikaikan kerana liga ini tidak di iktiraf sebagai kejohanan rasmi seperti Mobile Legends Development League (MDL), tetapi pemain dari liga ini telah beriaya menempah nama di pentas MPL MY Musim 10. Buktikan kepada keluarga anda dan masyarakat sekeliling bermain permainan video mudah alih ini bukan perkara buang masa. Jangan lupa sertai sementara pendaftaran belum ditutup. Anda boleh mendaftar melalui pautan dibawah dan kami ucapkan selamat maju jaya bagi pusingan kelayakan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Hanya 6 pasukan yang akan mara ke Regular Season.

Read More

Kemeriahan kejohanan Free Fire yang semakin rancak berlangsung selepas Pandemik Covid 19 kini kembali menarik minat Organisasi Esukan terkemuka di Malaysia iaitu SEM9. Bukan kali pertama organisasi ini menerjah permainan video Free Fire ini. Barisan pemain ini mempunyai pengalaman yang luas di dalam arena Free Fire, mereka terdiri daripada bekas pemain Geek Fam, WatchNLearn, Expand dan juga Blacklist International. Barisan pemain SEM9 Free Fire bagi menghadapi cabaran MCP Musim Ke 4. FikryXI – Arif Fikri KhairuddinMan04 – Lukman Hakim AbdullahFenixx – Muhammad Nabil Syamim Abdul KaharRajaa’ – Mohammad Nor Fadillah Nor AzrulLemonn – Muhamad Nurfirdaus NorhataOren- Liew Yi Cheng Selamat…

Read More

Jurulatih pasukan Red Esports, Sora Payung secara rasmi diumumkan telah meninggalkan pasukan bermula hari ini (24 Ogos 2022). Tiada maklumat lanjut berkaitan mengapa beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri ketika Liga MPL MY musim ke 10 ini masih berbaki 4 minggu. Ada juga yang mengatakan beliau mengundurkan diri kerana masalah disiplin pasukan tetapi ia hanya spekulasi, sama – sama kita nantikan penjelasan dari beliau dan juga pihak Red Esports. Ketika ini pasukan Red Esports menduduki tempat ke 4 di dalam saingan kumpulan B dengan pungutan sebanyak 6 mata.

Read More

Pembukaan saingan minggu ke empat bakal bermula hujung minggu ini, setakat minggu ketiga Team Caracal hanya mengutip 2 mata di dalam saingan kumpulan B. Bagi memperkuatkan kembali pasukan kucing nakal ini, Pengurus Pasukan Team Caracal telah membawa masuk bekas pemain Suhaz Esports iaitu D’ace sebagai Roamer, Eavy sebagai EXP Laner dan AJ sebagai Mid Laner. Bukan sahaja membawa masuk pemain yang mempunyai pengalaman di atas pentas MPL tetapi mereka juga membawa masuk bekas jurulatih MAB Esports iaitu Jerong. Mampukah pemain dan jurulatih baharu ini memacu kembali pasukan ini untuk mara ke peringkat Playoffs. Kepada peminat Caracal dapatkan tiket anda segera…

Read More

Musim ketiga Corporates League telah kembali menemui peminat. Jika di luar sana anda boleh mewakili Sekolah ataupun Universiti/Kolej, tetapi kelainan yang dibawakan oleh The Gaming Company ini anda juga mampu mewakili syarikat anda bagi kejohanan yang menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM 40, 000. Kejohanan ini juga telah menarik beberapa syarikat besar untuk menyertai antaranya Petronas, Shell, Bank Negara Malaysia dan banyak lagi. Musim ketiga ini mereka menawarkan 4 permainan video. PUBG Mobile, MLBB, Valorant dan Dota 2. Menurut pihak The Gaming Company kejohanan ini diwujudkan kerana ingin mengubah suasana persekitaran di syarikat tempat anda berkerja. Kejohanan ini juga boleh merapatkan/memperbaiki…

Read More

Hasrat pasukan Nova untuk merebut gelaran juara Peacekeeper Elite League (PEL) buat kali ke-3 musnah di pusingan terakhir kejohanan. Team SMG (Still Moving Under Gunfire) meninggalkan pencabar utamanya dengan hanya perbezaan 6 mata. Pada pusingan ke 20, Nova tersingkir di tempat ke 8 dan membolehkan SMG terus memasang impian bergelar juara apabila mereka berjaya mendapatkan WWCD pada pusingan tersebut. Pasukan SMG akan terus beraksi di pentas pusingan akhir PMGC, manakala Nova dan LGD Gaming terpaksa berkerja keras bermain di peringkat Liga PMGC sebelum mereka berpeluang mendapat tempat ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Indonesia. Ketiga – tiga pasukan ini…

Read More

Pada bulan julai 2022 yang lalu Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia ( MESF) memperkenalkan inisiatif bagi memperkasakan esukan di Malaysia. Kejohanan ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM 80,000. Kejohanan tanpa tajaan pastinya tidak meriah, Gatsby dan blaze secara rasmi akan menjadi penaja utama kejohanan ini. Liga Emas secara rasmi diperkenalkan kepada umum menerusi satu majlis khas penyerahan jalur gemilang kepada atlet yang bertanding di CEC 2022. Liga Emas ini akan mewujudkan ekosistem esukan yang lebih baik dan melahirkan lebih ramai pelapis yang berbakat tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakan. Esukan kini sudah melepasi tahap sehingga mewakili negara jadi pastinya ramai anak-…

Read More