Author: Pencerita Esukan

20 pasukan jemputan terdiri dari 5 negara akan berentap november ini bagi menentukan pasukan manakah yang paling berkuasa di Land Of Dawn MLBB Profesional League Invitation 2022. 20 pasukan ini akan berentap merebut hadiah terkumpul berjumlah $100,000 USD. Berikut adalah perkongsian kami berkaitan para pengulas dan hos rasmi yang akan menemani anda bagi kejohanan ini untuk memastikan setiap saat yang anda bazirkan itu sangat bermakna. Berikut ialah pasukan dan negara yang di jemput menyertai kejohanan ini. Mereka terdiri daripada Juara, Naib juara dan pasukan pilihan penganjur. (Untuk penglihatan yang lebih baik sila tukar kepada Dark Mode) Pembahagian kumpulan (Live Draw)…

Read More

Scarz dari Jepun mengalahkan Gaimin Gladiators 2-1 sebelum layak merangkul kejuaraan dan membawa pulang hadiah berjumlah 8, 000 USD untuk menjadi juara ROG Masters Asia Pasifik 2022. Kejohanan ini berlangsung pada 21 sehingga 23 Oktober 2022 bertempat di Queen Sirikit National Convention Center. Lebih daripada 100 pasukan Tom Clancy’s Rainbow Six: Siege dari seluruh rantau Asia Pasifik menyertainya sejak Ogos untuk mara ke peringkat akhir pada Pertunjukan Permainan Thailand tahun ini di Bangkok. Akhirnya, hanya 4 pasukan yang berjaya ke pertarungan acara langsung 3 hari yang mendebarkan. 160,000 lebih hadirin dan jumlah penonton yang tidak terkira banyaknya yang menonton di…

Read More

Siri Permulaan yang dibawakan khas oleh Tier One Entertainment semakin hampir mengumpulkan pemain separuh profesional tempatan permainan mudah alih terkenal, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Ia turut dibantu oleh Community Hero MLBB bagi melancarkan segala persiapan kejohanan ini. Segala maklumat rasmi berkaitan perlawanan anda boleh layari halaman rasmi Tier One Entertainment. Pasukan yang layak ke kejohanan ini adalah secara jemputan sahaja ini dibawakan khas kepada anda oleh Tier One Entertainment. Siri Permulaan ialah kejohanan akar umbi yang direka khas untuk memberikan keyakinan kepada peminat esukan yang bercita-cita tinggi peluang untuk mereka bersaing dan bekerjasama dengan negara lain serta mendapat perhatian…

Read More

Pada hari sabtu dan ahad yang lalu (1 & 2 Otober 2022) telah berlangsungnya peringkat kebangsaan bagi kategori MLBB Malaysia Esports League 2022 bertempat di ESI Grand Hall Spacerubix, Puchong Selangor. Sebanyak 16 buah pasukan telah mara ke pusingan peringkat kebangsaan, namun hanya satu juara yang perlu dinobatkan. Pasukan Originz telah dinobatkan sebagai juara MEL 2022 selepas berjaya menewaskan Kespoc KEA dari Kelantan dengan mata 3-1 pada perlawanan akhir. Berikut ialah pembahagian hadiah terkumpul mengikut kedudukan di dalam kejohanan peringkat kebangsaan MEL 2022 Team Originz (Kuala Lumpur) – RM 10, 000Kespoc KEA (Kelantan) – RM 7, 000Athena Esports (Perlis) -:RM…

Read More

Musim pertama MLBB Next Star telah melabuhkan tirai, tahniah diucapkan kepada kepada semua pasukan yang telah berani menyertai dan menamatkan kejohanan ini. Walaupun ini bukanlah kejohanan yang sama taraf seperti MPL dan MDL namun ia mempunyai nilai tersendiri bagi para peserta yang menyertai. Pasukan yang mewakili zon Kelantan ini membariskan pemain yang amat dikenali segelintir peminat MLBB di Malaysia, Freakout My menjuarai MLBB Next Star musim pertama selepas berjaya menumbangkan Elux Esports dari Selangor dengan bergaya, mereka berjaya mengunci kedudukan juara dengan mata 3-0. Berikut ialah pembahagian hadiah terkumpul mengikut kedudukan mereka di dalam kejohanan ini. Freakout My (Kelantan) -…

Read More

Jika ada yang keliru adakah ini kejohanan baru ataupun sudah lama, sebenarnya ini adalah kejohanan yang pernah diketengahkan sebelum ini namun akibat pandemik Covid 19 ia terpaksa dihentikan sementara. Kini ia kembali menemui peminat dengan nafas yang baru iaitu MLBB Next Star. Sebelum ini dikenali sebagai Malaysia MLBB Championship (MMC) dan Clash Of State (COS). Dengan tema ” You Are The Next Star” diharapkan kejohanan seperti ini mampu melahirkan lebih ramai pemain yang berbakat dan mampu menyumbang tenaga kepada negara pada masa hadapan. Daripada 294 mendaftar kini hanya 3 buah pasukan yang telah mara ke pusingan akhir. Mereka akan merebut…

Read More

12 pasukan yang telah mara ke kejohanan dunia ini melalui slot Play-In akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Manakala 12 pasukan berbaki mereka akan menunggu pusingan Play-In selesai di peringkat kumpulan. (Mereka adalah pasukan yang mendapat jemputan terus berdasarkan kedudukan mereka di dalam kejohanan sebelum ini) Format Play-In : 12 pasukan akan bermain di dalam format Best Of 1, pasukan yang menduduki tempat pertama di dalam kumpulan masing-masing akan layak secara terus ke peringkat kumpulan manakala tempat kedua sehingga keempat akan berpeluang bermain di Play-In kedua. Dua pasukan terbawah setiap kumpulan akan tersingkir. Play-In kedua akan disertai…

Read More

Pada 10 September 2022 yang lalu selepas peringkat alpha ditutup pada 25 Mei 2022, pihak Ubisoft telah mengumumkan tarikh pelancaran peringkat beta bagi permainan video mudah alih Tom Clancy Rainbow Seige. Malangnya Malaysia tidak termasuk dalam 7 gelombang awal yang telah dipilih oleh pihak pencipta permainan video ini. Setakat 27 September 2022, 7 gelombang telah selesai diagihkan mengikut perancangan mereka seperti yang didedahkan pihak Ubisoft sebelum ini. Negara jiran yang telah mendapat akses awal ialah Filipina dan Singapura. Menurut pihak pencipta anda boleh menggunakan aplikasi VPN untuk bermain bersama pemain negara lain tetapi berkemungkinan akan berlaku ralat kerana permainan ini…

Read More

Terima kasih daun keladi, ada masa kita berjumpa lagi. Begitulah pengakhiran perjalanan buat 2 buah pasukan di Regular Season Musim Ke 10 MPL MY. Suhaz Esports dan Team Caracal secara rasmi tersingkir dan tidak layak ke pusingan seterusnya. Team Lunatix berjaya membuktikan mereka yang datang dari pusingan kelayakan dan Liga Semi-Pro juga mampu untuk lepas ke pusingan Playoffs apabila berjaya bangkit pada babak-babak akhir. Ini adalah kali pertama mereka mara sejauh ini. Walaupun ada desas desus mengatakan perlawanan minggu terakhir sudah dirancang namun peminat sendiri dapat menyaksikan bagaimana mereka berusaha keras untuk melakukan misi yang sukar itu demi kepuasan penyokong…

Read More

Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari secara luar talian ini telah secara rasmi melabuhkan tirainya malam tadi. Walaupun ini adalah musim kedua, tetapi sambutan kejohanan ini telah mendapat sambutan yang menakjubkan. Menurut pihak KBS, ini bukanlah pengakhiran tetapi akan ada sambungan bagi musim seterusnya tidak lama lagi dan format kejohanan ini akan di tambah baik bagi melahirkan lebih ramai lagi bakat-bakat baru wanita yang mampu bersaing di pentas utama PMPL MYSGPH. Kejohanan ini berlangsung di PitStop HomeBois, Petaling Jaya, Selangor pada 24-25 September 2022. Kejohanan ini juga turut di hadiri Menteri Belia Dan Sukan Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal…

Read More