Author: Pencerita Esukan

Setiap kejohanan tanpa pengumuman penaja pastinya tidak sah. Hari ini Madness Gaming secara rasmi telah diumumkan sebagai salah satu penaja bagi pasukan yang akan beraksi di dalam kejohanan Liga MDL Indonesia iaitu Freakout Esports. Baru – baru ini juga Madness Gaming bersama beberapa organisasi lain menganjurkan kejohanan MLBB Semi Pro Championship (MSPC) berlangsung secara atas talian dan di luar talian. Beberapa pemain dan pasukan di dalam Liga ini telah berjaya menempah nama ke Liga profesional MPL MY Musim ke 10. Untuk rekod, Freakout Esports berjaya untuk melayakkan diri ke Liga MDL Indonesia Musim ke-6 melalui MDL Play-in yang telah berlangsung…

Read More

Kejayaan demi kejayaan yang dilakar bagi kategori esukan di pelbagai peringkat sukan asia telah membuka mata banyak pihak. Terbaharu Kejohanan Esukan Komanwel dan Forum Esukan Komanwel yang julung kali diadakan akan berlangsung di Birmingham, England pada bulan Ogos ini. Kejohanan Esport Komanwel akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) di Birmingham pada 6-7 Ogos 2022. Kejohanan Esukan Komanwel ini akan menampilkan atlet esukan dari seluruh negara Komanwel. Forum Esukan Komanwel akan diadakan di tempat yang sama menjelang Kejohanan Esukan Komanwel, pada 5 Ogos 2022. Kejohanan Esukan Komanwel ini mempertandingkan 3 acara iaitu Dota 2, eFootball dan Rocket League. Kejohanan ini…

Read More

Pasukan Geek Fam masih mendahului carta keseluruhan liga walaupun mereka telah dipintas menerusi catatan mata kelayakkan ke PMGC. Kini boleh dikatakan hampir 90% pemain Geek Fam dan Genexus sudah memenuhi carta Top 10 Eliminator. Pada hari terakhir minggu kedua prestasi Geek Fam sedikit merosot namun uHigh masih dinobatkan Weekly Terminator. Walaupun pertempuran ini masih berbaki seminggu sahaja lagi sebelum 16 pasukan terbaik akan mara ke peringkat akhir, tetapi masih ada pasukan masih mencari rentak permainan mereka dan masih gagal mempamerkan aksi sebenar mereka seperti musim terdahulu. Pengejaran mata bonus musim luruh ini juga telah berubah minggu kedua ini. Kebanyakkan pasukan…

Read More

Prestasi semasa pasukan Geek Fam MY ketika ini hangat diperkatakan, malah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di negara jiran (Indonesia). Baru-baru ini Ryzen (Bekas pemain BTR RA & Berehat dari barisan utama aktif) dan rakan-rakan ada melakukan perbincangan dan memberikan pandangan melalui penstriman langsung. Ryzen mengajukan soalan adakah PMPL MYSGPH ini masih belum mencapai tahap seperti di PMPL ID sehinggakan beliau gagal beraksi dengan baik (Di PMPL ID, corak permainan sentiasa berubah dari musim ke musim jadi berkemungkinan uHigh gagal mengadaptasi strategi yang diatur untuknya). Seperti yang semua dapat lihat prestasi uHigh semasa di Bigetron RA tidaklah sebagus…

Read More

Semalam pihak Yoodo Esports telah memuat naik satu ciapan khas khusus untuk peminat Pokemon di Malaysia. Kini anda sudah boleh mula mendaftarkan pasukan bagi menyertai kejohanan Pokemon Unite Terbuka Malaysia 2022 ini. Kejohanan ini akan dikelolakan oleh ESL Malaysia. Kejohanan ini menawarkan hadiah terkumpul $20,000 dolar Amerika dan bagi pendaftaran ianya dibuka dari 27 Julai sehingga 30 Ogos 2022. Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh terus menghubungi pihak ESL Malaysia di laman social Facebook mereka atau pihak Yoodo Esports. Permainan mudah alih yang dilancarkan pada 21 Julai 2021 ini sudah mencecah 10 juta muat turun setakat Januari 2022 menurut The Pokemon…

Read More

Kemeriahan liga Mobile Legends Bang Bang di Malaysia semakin membara, baru-baru ini berlangsung Playoffs MLBB Semi Pro Championship 2022 (MSPC) bertempat di Sungei Wang Kuala Lumpur. Mendapat kecaman di awal pelancaran Liga ini akhirnya ia berakhir dengan sempurna. Pada awalnya liga ini hanya dirancang berlangsung secara atas talian (Online), namun pada pertengahan kejohanan ini pelbagai kejutan diterima. Mereka mendapat tajaan lokasi dan pelbagai tajaan lain. Antaranya penaja lokasi kejohanan iaitu Sungei Wang Plaza, Kuala lumpur, aplikasi pembangunan esukan; Kohai, minuman bertenaga Eureka dan Bold Prime. Di masa hadapan diharapkan lebih banyak penaja akan bersama-sama turun membantu liga sekecil ini untuk…

Read More

Pertengahan bulan Jun 2022 yang lalu ASUS mengumumkan barisan komputer riba yang mereka akan keluarkan pada tahun ini, hari ini pihak Asus Republic Of Gamers (ROG) secara rasmi melancarkan ROG Strix SCAR 17 Edisi Khas dan ROG Flow X16. Jika anda kurang berminat dengan model X16 ini, mungkin anda boleh mencuba varian model X13 Flow yang pernah di keluarkan sebelum ini. Setiap pembelian komputer riba gaming ini dengan harga RM17,999, anda akan membawa pulang ROG Keystone, Backpack ROG, Headset ROG Delta dan Mouse ROG Chakram Core. Disebabkan oleh kadar inflasi yang turut dirasai secara global maka pihak ASUS meletakkan harga permulaannya bermula dari RM9,499.…

Read More

Minggu pertama baru sahaja yang berakhir tetapi perhitungan 20 pasukan ini masih berbaki 2 minggu lagi, sebelum 16 pasukan teratas mara ke peringkat akhir. Prestasi Geek Fam dan Team Secret diluar jangkaan apabila kedua-dua pasukan ini berjaya menamatkan minggu pertama dengan kutipan markah melebihi 200 mata dan 1 kutipan WWCD. Prestasi pasukan juara MYSGPH Spring 2022; 4Rivals menjadi tanda tanya seluruh peminat di dalam dan luar negara. Setakat hari kelima tanpa kutipan WWCD mereka juga menghuni 4 tangga tercorot liga. Seperti yang dapat dilihat dalam penstriman langsung di laman PUBG Mobile Esports Malaysia pasukan ini seperti hilang arah. Untuk lebih…

Read More

Pasukan yang menggunakan tagline Red Is My Blood telah mengumumkan barisan pemain yang akan mereka turunkan pada aksi MPL MY musim ke 10 yang akan membuka tirai pada 5 Ogos 2022 ini. Pada musim ke 9 Zaed memenangi anugerah Best Rookie, adakah musim ini sekali lagi pemain Red Esports akan tercalon? Prestasi terbaik pemain RED Esports ialah Mom dan Zaed juga tercalon di dalam MVP Of The Week 1 & 4. Musim ke 9 mereka layak ke pusingan Playoffs dan terkandas di lower bracket sebelum dihantar pulang oleh pasukan Orange Esports. Mereka menamatkan cabaran musim ke 9 ditempat ke 5…

Read More