Author: Pencerita Esukan

Tabah NSEA (Negeri Sembilan Esports Association) hari ini mencipta rekod baru di PMPL MYSGPH Fall 2022 apabila menjadi pasukan pertama yang mendapat dua Winner Winner Chicken Dinner dalam satu hari. Kegembiraan itu hanya dirai sekerat jalan apabila SEM9 juga berjaya mendapatkan WWCD kedua mereka. Kedua-dua pasukan ini juga berjaya melepasi 100 mata keseluruhan untuk Minggu 1. SEM9 memintas Tabah NSEA pada perlawanan kelima sebentar tadi di peta Miramar selepas Tabah NSEA tersingkir di awal pusingan. Pada perlawanan kelima SEM9 berjaya mengumpul 14 mata singkir dan terus melayakkan pasukan mereka memintas Tabah NSEA. (Dep mengutip mata singkir tertinggi di pusingan kelima)…

Read More

Setelah pengumuman barisan-barisan pemain yang agak mengejutkan peminat di Malaysia dan luar negara, akhirnya pihak Moonton mengumumkan MPL Musim ke 10 akan bermula pada minggu pertama bulan Ogos 2022. Bagi MPL MY cabaran peringkat kumpulan akan bermula 5 Ogos 2022. Undian peringkat kumpulan ia akan berlangsung pada minggu hadapan, sebarang maklumat lanjut kami akan kongsikan di laman sosial media kami di Facebook & Instagram. Setelah kemasukan dua pasukan baru iaitu Team Lunatix dan Team Haq Esports, anda rasa pasukan manakah yang akan mendominasi MPL MY Musim ke 10 kali ini? Tidak lama lagi pihak Moonton juga akan mendedahkan lokasi kejohanan…

Read More

Sekembalinya bekas penyandang gelaran Terminator musim ke 2 uHigh ke dalam PMPL MYSGPH Fall 2022, nampaknya persaingan merebut gelaran Terminator bagi musim Fall 2022 kali ini lebih menarik. Mampukah AdikLuq terus mempertahan mahkota gelaran Terminator yang dimenangi pada PMPL Spring 2022 yang lalu? Kalau anda perhatikan setiap musim pemain muda dari pasukan 4Rivals iaitu Appy sering kali menyelit masuk ke dalam top 5 ataupun akan ada di dalam senarai bakal terminator. Adakah Appy mampu menyambar gelaran tersebut musim ini? Bekas pemain Axis redONE, MicaOP juga pernah menyandang gelaran ini di musim ke 4 PMPL MYSG, dengan menewaskan antaranya AdikLuq dan…

Read More

Bekas jurulatih RSG MY PUBG Mobile ChillReX hari ini secara rasmi dilantik menjadi jurulatih buat pasukan CRIT VIP yang baru. ChillReX meninggalkan pasukan RSG MY pada bulan Mei 2022 yang lalu. Rekod terbaik beliau ialah membawa RSG MY menjadi Juara pada musim ke 3 PMPL MYSG setelah hampir 2 tahun 5 bulan bersama pasukan tersebut. Mampukah ChillReX membawa pulang piala kejuaraan MYSGPH Fall 2022 untuk pasukan CRIT VIP? (Untuk rekod, pasukan ini masih belum menjulang piala kejohanan sepanjang siri PMPL ini berlangsung)

Read More

Orange Esports hari ini mengumumkan barisan pemain mereka yang akan beraksi di MPL MY Musim ke 10. Seperti yang kita biasa lihat dari pasukan buah ini, mereka akan berkolaborasi bersama pasukan lain tetapi musim ini mereka melakukan beberapa perubahan apabila tidak bersama dengan mana-mana organisasi esukan sedia ada atau yang baru meningkat naik. Antara pemain yang diserap masuk ke dalam pasukan ialah Regular Season MVP S9 iaitu bekas pemain Team SMG, Stormie. Orange Esports pernah beraksi di pentas MLBB Southeast Asia 2022, adakah mereka akan sekali lagi mencuri tumpuan lepas ke Kejohanan dunia MLBB M4 bersama pemain baharu? Barisan pemain…

Read More

Sebelum berlangsungnya kejohanan Dunia The International 11, pelbagai kejohanan pemanas badan turut di adakan di serata dunia. Antaranya ialah Riyadh Master 2022 (Gamers8) serta ESL ONE Malaysia. Mencuri tumpuan peminat Dota2 ialah kemunculan semula Anathan “ana” Pham akan menggantikan Lasse Aukusti “Matumbaman” Urpalainen ( Matumbaman tidak dapat hadir ke kejohanan ini). Kali terakhir beliau beraksi ialah 2021. Adakah dengan kemunculan semula ini, boleh dikatakan Ana akan muncul di TI11? Riyadh Masters 2022 dijangka berlangsung dari 20 hingga 24 Julai 2022, dengan jumlah hadiah terkumpul sebanyak $4 juta USD dan akan dibahagikan kepada 10 pasukan bertanding. Lokasi pertandingan di kongsikan pihak…

Read More

Juara Dunia MLBB M3 Blacklist International hari ini mengumumkan barisan pemain mereka bagi musim ke 10 MPL Filipina. Seperti yang diharapkan peminat pasukan ini, Blacklist kembali menyenaraikan gandingan duo VeeWise ke dalam pasukan setelah satu musim berehat. Pada musim ke 9 MPL Filipina, Blacklist gagal mara ke pusingan Playoffs apabila terkandas di peringkat kumpulan. Mampukah penyandang Juara Dunia MLBB M3 ini mara ke M4 dan sekali gus menjadi Juara sekali lagi? Untuk rekod, setakat ini tiada lagi pasukan yang berjaya memenanginya dua kali dan setiap pasukan yang menang pasti tidak akan berjaya mara ke kejohanan ini. Mampukah Blacklist International memadam…

Read More

Setiap pertandingan pastinya akan ada drama dan isu-isu hangat. Kali ini melibatkan kes ‘joki’ di dalam kejohanan Call Of Duty Mobile Major Series Musim ke 7 Indonesia. Pemain yang terlibat akan menerima hukuman 8 bulan tidak boleh menyertai mana-mana pertandingan rasmi CODM. Pasukan Relentless tersingkir dari saingan kerana 3 ahli pasukan ditangkap kerana isu yang sama dan tidak cukup pemain bagi meneruskan saingan. Slot mereka akan diberikan kepada pasukan yang menduduki tempat kedua.

Read More

IESF World Esports Championship 2022 Bali, Indonesia yang akan berlangsung pada bulan November 2022 ini nampaknya tidak akan disertai oleh juara MLBB Southeast Asia Championship 2022 iaitu pasukan RSG Filipina. Tetapi Filipina akan diwakili oleh pasukan gabungan Blacklist international. Pihak pengurusan RSG Filipina mengambil langkah proaktif bagi memberikan pemain dan jurulatih membuat persediaan bagi saingan MPL PH Musim ke 10 dan persediaan untuk merebut tempat ke kejohanan dunia MLBB M4 awal tahun hadapan (Lokasi berkemungkinan di Indonesia). Selain itu dapat merehatkan para pemain dan barisan jurulatih. Selain merehatkan pasukan mereka juga membuat beberapa pertukaran pemain, antaranya Heath, ly4knu dibawa keluar…

Read More

Juara siri kedua Blacklist Ultimate diundi dalam kumpulan D bersama juara Garena Youth Challenger. Mereka akan merebut hadiah terkumpul sebanyak USD 25,000. Pasukan SEM9 perlu segera melupakan kekalahan di tangan vVv Esports pada kejohanan Garena Youth Challenger 2022 yang lalu. Mereka akan turun beraksi hari ini bagi saingan kumpulan A. Diundi dalam satu kumpulan bersama penyandang tempat ketiga untuk edisi kedua kejohanan ini bukanlah laluan yang mudah untuk mengekalkan kedudukan 2 terbaik (Top 2 sahaja yang layak ke pusingan Playoff). Bukan SEM9 sahaja yang mewakili Malaysia di siri ketiga ini, bekas pasukan Yoodo RSG CODM iaitu pasukan Huntsmen diundi dalam…

Read More