Author: Pencerita Esukan

Muhammad Nur Alif atau lebih dikenali sebagai Envious/ Alep pernah beraksi bersama pasukan Todak divisi DOTA 2, Posisi beliau di dalam permainan ialah Offlaner, dan best MMR setakat hari ini ialah 9,900. Kini beliau menduduki ranking ke 94 SEA. (Afterdark^^) Pasukan Gagak kini sedang membuat persiapan rapi untuk kejohanan Predator League 2022 pada September 2022 dan Kelayakan Dota Pro Circuit (DPC) Division 2 awal Januari 2023. Selain daripada dua siri utama ini, mereka juga memberikan fokus kepada liga amatur yang bakal mereka sertai iaitu Kapital DAO musim ke 4 dan Dota 2 Challenger Series anjuran Nyala GC. Gagak baru-baru ni…

Read More

Pemain profesional Counter Strike : Go (CSGO) dari Malaysia yang menyertai pasukan Rare Atom iaitu KAZE memuat naik satu perkongsian di laman twitter miliknya berkenaan beliau tersangkut di Turki selepas menyertai kejohanan ESL Challenger Valencia 2022. Kronologi kejadian, “Kaze dari Malaysia ke Spain untuk menghadiri kejohanan ESL Challenger Valencia 2022, dan selepas habis tournament di Spain dia terbang ke Serbia disebabkan ada bootcamp di sana. Tetapi dia (kaze) tidak lepas masuk ke Serbia semasa transit di Turki.” – Ujar Saudara Tarmizi ketika di soal. Beberapa individu dari Malaysia telah terlibat bagi menyelesaikan masalah ini antaranya ialah Pengurus pasukan Gagak iaitu…

Read More

Selepas Kairi, Coach Yeb, Baloyskie, markyyyy, Beemo dan mico meninggalkan pasukan, kini giliran Dlar pula mengundurkan diri dari pasukan Onic Filipina. Perkara ini diumumkan pihak pengurusan Onic Filipina di Instagram mereka. Sudah bersama semenjak musim ke 4 MPL PH, kini sudah berakhir era kegemilangan mereka bersama. Pencapaian terbaik Onic PH ialah mendapat tempat ke 12 dalam Kejohanan Dunia MLBB M1 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Selamat maju jaya diucapkan Dlar dan rakan seperjuangan di masa akan datang.

Read More

Tidak lengkap rasanya jika bermain permain mudah alih tanpa menggunakan peranti yang diciptakan khas untuk perkara tersebut? Hari ini Asus melancarkan telefon pintar terbaru iaitu ROG (Republic Of Gamers) siri yang ke 6. ROG Phone 6 akan tersedia di Malaysia dalam dua varian, ROG Phone 6 (12GB RAM & 256GB storan) pada tanda harga RM3,599, manakala varian 16GB RM & 512GB storan boleh didapati pada tanda harga RM4,399. Kedua-dua varian akan didatangkan dalam pilihan warna Storm White dan Phantom Black. Ianya akan berada didalam pasaran tempatan mulai Ogos 2022 ini. Manakala untuk ROG Phone 6 Pro yang dilengkapi dengan 18GB…

Read More

SEM9 dilihat sedang merombak divisi PUBG Mobile mereka, terdahulu Stoned secara rasmi meninggalkan pasukan manakala Bravo telah dipinjamkan ke Guerilla Esports. Sebentar tadi organisasi ini telah memuat naik gambar dua pemain baharu mereka iaitu Harm & Adibz. Mengikut info yang kami perolehi sebelum ini, individu yang akan menyertai barisan pemain SEM9 ini merupakan bekas anak didik jurulatih SEM9 iaitu SlyDD ketika mereka bersama pasukan Anti Circle. Adibz pula berasal dari pasukan Guerilla Esports ( dahulunya Clutch Guerilla), Adibz selalu dilihat bersama bersama Man Parang semasa scrim selepas Liga berakhir beberapa bulan lalu. Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka berdua. Pasti…

Read More

Pasukan yang sedang meningkat naik dan beraksi di MLBB Semi Pro Championship (MSPC) ini akhirnya berjaya mendapat tajaan pada penghujung bulan Jun 2022 yang lalu. Pada awal bulan Jun 2022 yang lalu pihak pengurusan pasukan ini ada memuat naik satu gambar di kedua-dua platform sosial media mereka untuk mencari penaja atau kolaborasi. Team Lemah kini rasmi akan ditaja sepenuhnya oleh LTX Intergrated, mengikut maklumat yang dikongsikan pengurus pasukan Team Lemah iaitu Syazriel Nazif (Stingy) dan mereka akan terus menggunakan nama Team Lemah di dalam kejohanan yang mendatang. Tiada perubahan pemain di dalam pasukan namun akan ada pertambahan di bahagian kejurulatihan.…

Read More

Pasukan OG Dota 2 menjadi pasukan pertama diumumkan pihak ESL ONE yang akan menjadi pasukan jemputan bagi kejohanan ESL ONE Malaysia 2022. Kejohanan ini akan berlangsung pada 23 Ogos – 28 Ogos 2022, Bertempat di Arena of Stars Resorts World Genting Highlands. 12 pasukan akan merebut hadiah terkumpul sebanyak $400,000. Adakah pasukan-pasukan besar The International juga akan turut dijemput hadir ke kejohanan ESL ONE Malaysia 2022 ini? Nantikan maklumat lanjut berkaitan pasukan jemputan. Terus setia bersama kami untuk informasi yang lain.

Read More

Selepas berehat panjang, kini dikhabarkan Ryzen bakal kembali ke arena kompetitif PMPL? Pada SEA Games ke 31 lalu Ryzen telah buat kemunculan semula dan beraksi begitu baik sehinggakan mampu menghadiahkan emas untuk Indonesia bagi acara PUBG Mobile kategori Kumpulan. Luxxy juga ada memberi bayangan bahawa Ryzen akan kembali ke dalam pasukan selepas berjaya membuktikan kepada peminat RA yang Ryzen masih mampu memberikan saingan yanghebat dan berkualiti seperti dahulu. Di dalam video berdurasi 1 minit ini, jurulatih baru mereka (La Flame) ada memberi bayangan bahawa meta kembar ini berkemungkinan akan dipisahkan. Sejauh mana informasi itu bakal kita ketahui selepas 1 Julai…

Read More

Selepas JDT FC berminat untuk tubuhkan pasukan esukan mereka, kini satu lagi pasukan di pantai timur Malaysia juga mempunyai minat dan matlamat yang sama. Perkara ini dikongsikan di laman social Facebook milik pemilik kelab Kelantan TRW FC tersebut. “Kita decide untuk ada Esports TRW team dan akan dijadikan sebagai salah satu cabang business utama The Red Warriors FC Berhad.” Ujar Zamsaham di laman Facebook beliau. Ini adalah suatu perkara yang bagus untuk industri esukan di Malaysia khususnya, seperti yang semua sedia maklum pelbagai peruntukan disediakan kerajaan dan telah ramai anak anak muda Malaysia telah melangkah ke peringkat antarabangsa. Sebarang maklumat…

Read More