ECHO dari Filipina telah dinobatkan sebagai juara dunia Mobile Legends (MLBB) M4 World Championship baharu selepas mereka menewaskan pasukan senegara Blacklist International dengan mudah iaitu 4-0, dalam pusingan akhir sebentar tadi. Dengan kemenangan tersebut, ECHO menjadi pasukan Filipina ketiga yang merangkul kejuaraan dunia MLBB, dan mengekalkan piala kejuaraan di Filipina tiga tahun berturut-turut serta membawa pulang hadiah sebanyak $300,000 USD. Sementara itu, juara musim lalu Blacklist International gagal meraih gelaran berturut-turut menamatkan saingan di tempat kedua dengan membawa pulang wang bernilai $120,000 USD.
Dengan ECHO menjulang trofi kujuaraan M4, Karl “KarlTzy” Nepomuceno menjadi juara dunia dua kali yang pertama. Dia memenangi gelaran pertamanya bersama Bren Esports dalam Kejohanan Dunia M2 pada tahun 2021. Manakala rakan pasukan beliau, Bennyqt telah dinobatkan sebagai MVP dan dianugerahkan $5,000 USD.
Perjuangan dua pasukan Malaysia berakhir apabila Team HAQ dan juga Todak telah tewas di Pusingan Kedua Lower Bracket. Team HAQ ditumbangkan oleh pasukan dari Turki iaitu Incedian Supremacy manakala Todak pula ditewaskan oleh The Valley iaitu pasukan dari Amerika Utara. Team HAQ dan Todak sebelum ini telah tendang ke Lower Bracket selepas tewas di peringkat Suku Akhir Upper Bracket. Sebagai rekod, ini kali empat Todak mewakili Malaysia di Kejohanan Dunia MLBB dan Team Haq akan menemani Todak di Jakarta buat pertama kalinya.
Meskipun prestasi mereka diperingkat kumpulan amat cemerlang dengan meletakkan pasukan mereka di kelompok Upper Bracket, mereka gagal meneruskan momentum yang diperolehi. Diharapkan mereka akan memperbaiki kelemahan dan berusaha lebih kuat pada masa akan datang.