eFootball dibuat oleh Konami, yang merupakan pembangun permainan Pro Evolution Soccer, telah mengumumkan tarikh kemas kini untuk permainan tersebut dari versi 2022 ke 2023 untuk pengguna mudah alih. Kemas kini tersebut akan boleh dimuat turun 25 Ogos 2022 serta hadir dengan beberapa tambahan dan pelarasan.
Kemas kini yang akan datang akan memperkenalkan dua jenis kad pemain baharu, iaitu, Highlight dan Epic. Bagi kad Highlight ianya terdiri dari pemain terpilih yang telah mempamerkan persembahan luar biasa dalam “musim semasa” dan mempunyai mata yang lebih tinggi daripada kad Featured. Manakala kad Epic akan menampilkan pemain terkenal dahulu dan sekarang dan mempunyai mata yang lebih tinggi daripada jenis Legendary.
Dua kelab bola sepak, AC Milan dan Internazionale Milano akan ditambah ke dalam permainan. Menyertai mereka ialah pasukan bola sepak Mexico yang kian popular, Club América, bersama-sama dengan seluruh liga Mexico, Liga BBVA MX.
Kemas kini juga hadir dengan tambahan Club Pack/Premium Ambassador Pack dan Manager Pack. Club Pack dilengkapi dengan 11 kad pemain dengan reka bentuk eksklusif, kelab AC Milan, Internazionale Milano dan Club América. Duta global terbaharu eFootball, Trent Alexander-Arnold akan mengambil perhatian dengan Premium Ambassador Pack beliau sendiri. Bruno Fernandes juga akan menerima pek eksklusifnya dalam permainan kelak. Penambahan terakhir ialah pengenalan Pek Pengurus (Manager Pack). Ini termasuk satu set program latihan dan pengurus yang mantap untuk mengawal pasukan anda dan mendorongnya ke peringkat seterusnya.
Sumber: Konami