ESL One, kejohanan Dota 2 yang berprestij, akan kembali ke Malaysia pada 11–17 Disember. Acara yang menjanjikan pertarungan menakjubkan, menampilkan barisan 12 pasukan Dota 2 terkemuka dari seluruh dunia, semuanya bersaing untuk mendapatkan hadiah wang tunai sebanyak USD $1,000,000 (kira-kira lebih RM4.6 juta). Sebelum ini, ESL One dilangsungkan di Genting termasuk edisi lepas yang dijuarai oleh pasukan OG.
Kejohanan penuh aksi itu akan bermula dengan Peringkat Kumpulan selama tiga hari, yang dijadualkan pada 11–13 Disember. Di sini, dua belas pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, melibatkan diri dalam format single round-robin. Enam pasukan teratas dari Peringkat Kumpulan akan mara ke peringkat kalah-mati (Playoff), yang akan diadakan secara langsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dari 15–17 Disember. Pusingan Playoff akan menampilkan format penyingkiran dua kali berbeza dengan peringkat kumpulan.
Peringkat kumpulan akan berlangsung secara tertutup, hanya boleh diikuti melalui saluran ESL Dota 2 di Twitch, YouTube dan juga rakan siaran rasmi yang lain. Bagi peringkat Playoff, tiket akan mula dijual pada 21 September jam 3 petang Waktu Malaysia. Harga akan bermula dari RM149. Tiket boleh dibeli di esl.gg/eslonemytickets.