Level Infinite, jenama permainan global Tencent yang komited untuk menyampaikan pengalaman permainan yang menarik dan asli di seluruh dunia, telah menandatangani kerjasama selama 3 tahun dengan Esports World Cup Foundation untuk memacu ekosistem esukan PUBG MOBILE dan Honor of Kings ke tahun-tahun hadapannya. Esports World Cup Foundation, sebuah pertubuhan yang berdedikasi untuk memupuk pembangunan dan pengembangan sektor esukan dan permainan, dimana mereka adalah badan yang menganjurkan Esports World Cup 2024 yang julung kali diadakan.
Kerjasama ini akan menyaksikan dua permainan utama Level Infinite, PUBG MOBILE dan Honor of Kings bersinergi dengan ekosistem Esports World Cup. Ia juga memperlihatkan komitmen Level Infinite untuk memperkukuh infrastruktur esukan untuk kedua-dua permainan, memupuk peluang esukan yang kompetitif di seluruh dunia. Kerjasama itu akan membuka peluang untuk bakat merentas semua aspek industri, daripada pemain permainan dan pencipta kandungan banyak lagi, menekankan komitmen untuk memupuk masa depan permainan dan esukan.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, PUBG MOBILE akan memperkenalkan PUBG MOBILE World Cup serba baharu, yang menampilkan kumpulan hadiah $3 juta USD untuk pasukan yang bersaing. Pertandingan baharu itu akan mengantikan kejayaan PUBG MOBILE World Invitational (PMWI) sebelum ini sebagai acara musim panas terulung, dengan proses pemilihan pasukan yang diterajui prestasi yang memudahkan pertandingan peringkat tertinggi.
Tambahan pula, kita akan melihat 12 pasukan dari seluruh dunia bertarung untuk mengumpul hadiah $3 juta dalam Honor of Kings Invitational Midseason | Esports World Cup, dengan peluang untuk mendapatkan tempat dalam Kejohanan Jemputan Honor of Kings Invitational Championship. Esports World Cup sulung akan berlangsung pada musim panas ini di Riyadh, dan akan menobatkan Juara Kelab Piala Dunia Esports yang pertama.