F1 22 akhirnya dilancarkan dan ia akan tersedia untuk Xbox One, Xbox Series X/S, PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC (melalui Origin dan Steam). Permainan ini adalah salah satu keluaran yang paling dinanti-nantikan dalam siri ini dan perubahan peraturan yang sama seperti dalam Formula 1 yang sebenar serta reka bentuk dan prestasi kereta yang berbeza secara drastik.
Turut disertakan ialah litar baharu yang ditambahkan pada kalendar Formula 1 seperti Miami serta perubahan litar ke trek seperti Sepanyol, Australia dan Abu Dhabi. F1 VR juga membuat penampilan sulungnya pada PC, pemain dapat menikmati pengalaman hampir nyata dengan berada didalam kokpit kereta Formula 1. Penambahan baharu pada reka bentuk permainan termasuk Adaptive AI, tetapan yang melaraskan tahap kesukaran untuk AI, menyesuaikan kelajuan dan daya saing mereka.