Garena Free Fire baru sahaja mengumumkan pelancaran Free Fire Malaysia Championship (FFMC) 2026 Spring, sebuah kejohanan e-sukan terbuka kepada semua pemain di seluruh negara. Kejohanan ini berfungsi sebagai kelayakan terbuka untuk Free Fire World Series (FFWS) Malaysia 2026 Spring pada bulan Februari, menawarkan peluang kepada pemain yang bercita-cita tinggi untuk membuktikan kemahiran mereka dan berpeluang mewakili Malaysia.
FFMC 2026 Spring menawarkan jumlah kumpulan wang tunai sebanyak USD70,000 (USD50,000 untuk Battle Royale dan USD20,000 untuk Clash Squad). 12 pasukan teratas dari mod Battle Royale akan mara ke FFWS Malaysia 2026 Spring.


Garis Masa Kejohanan:
- Pendaftaran (Dalam Permainan): 29 November – 6 Disember 2025
- Kelayakan Dalam Permainan: 6 Disember 2025
- Akhir Kelayakan: 13 Disember 2025
- Peringkat Kalah Mati (Knockout Stage): 9-11 & 16-18 Januari 2026 (Battle Royale), 21-23 Januari 2026 (Clash Squad)
- Akhir Besar (Grand Finals): 24 Januari 2026 (Clash Squad) & 25 Januari 2026 (Battle Royale)
Pasukan-pasukan profesional terkenal seperti Todak, Vamos, dan Expand akan menyertai secara langsung di peringkat Knockout, manakala enam pasukan dari FFMC 2025 Fall seperti HomeBois Conspiracy dan Southern Tigers Esports akan layak terus ke Peringkat Akhir Kelayakan.


Juara FFWS Malaysia 2026 Spring yang bakal disertai oleh 12 pasukan teratas dari FFMC ini akan mara ke liga Asia Tenggara (FFWS Southeast Asia 2026 Spring) untuk berentap dengan pasukan elit serantau. Semua perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro TV dan saluran rasmi Free Fire Malaysia dalam Bahasa Melayu.
Pertembungan Mesra Malaysia vs. Taiwan: Free Fire Honor Elite 2025
Sebagai pembuka tirai yang mengujakan, enam pasukan elit Malaysia—Maqna Esports Club, Todak, Expand, Team Vamos, Southern Tigers Esports, dan HereWeGo—akan berangkat ke Taipei untuk berdepan dengan enam pasukan pilihan Taiwan dalam Free Fire Honor Elite 2025. Pertandingan mesra Battle Royale ini menawarkan kumpulan wang tunai NTD250,000 dan akan disiarkan secara langsung dari bangunan ikonik CTS Building di Taipei City pada Sabtu, 29 November, pukul 1 petang (GMT+8).


Yang lebih istimewa, acara ini bukan sekadar tentang pertandingan. Sebelum hari pertandingan, pemain dari kedua-dua negara akan terlibat dalam aktiviti pertukaran budaya, termasuk permainan tradisional dan sesi menjamu selera, bagi merapatkan ukhwah dan meraikan semangat e-sukan serantau.


