Permainan MOBA popular Honor of Kings kini menerima kemas kini terbaharu yang dikenali sebagai Flow Update. Kemaskini ini membawa pelbagai kandungan baharu termasuk hero baru, sistem permainan tambahan, fungsi penyesuaian yang lebih luas serta pelbagai event menarik untuk komuniti pemain. Menariknya, kemas kini ini juga hadir seiring dengan pelancaran rasmi permainan tersebut di India, sekali gus memperluaskan lagi komuniti pemain global. Pihak pembangun turut mendedahkan bahawa hero baharu yang diinspirasikan daripada budaya India bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Hero Baharu: Yuan Ge Sertai Pertempuran


Antara tarikan utama Flow Update ialah kemunculan hero baharu bernama Yuan Ge. Hero ini boleh dibeli dengan harga 588 token vouchers atau 13,888 star stones, manakala pemain boleh mendapatkannya pada harga diskaun 294 token vouchers pada minggu pertama pelancaran.
Selain itu, beberapa hero sedia ada turut menerima pelarasan keseimbangan termasuk Nezha, Luara dan Fatih bagi memastikan pengalaman pertempuran yang lebih lancar di dalam permainan.
Spriteling Super Flow Perkenal Tiga Kemahiran Baharu


Antara kebolehan tersebut termasuk potion yang boleh menolak musuh dan meningkatkan kelajuan, potion yang membesarkan karakter untuk menambah HP maksimum, serta potion yang mengurangkan cooldown skill. Setiap kemahiran mempunyai kesan sampingan tersendiri, menjadikannya lebih strategik untuk digunakan ketika pertempuran.
Super Flow Day Perks: Banyak Ganjaran Percuma
Bermula 14 Mac, pemain boleh menikmati pelbagai ganjaran melalui acara Super Flow Day Perks. Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk token percuma, cabutan percuma dan pelbagai hadiah istimewa dalam tempoh terhad. Pemain boleh mengumpul sehingga 5,000 limited-time tokens melalui event yang berlangsung, dengan sekurang-kurangnya 888 token dijamin. Selain itu, pemain juga akan menerima 10 cabutan percuma dalam Point Draw antara 14 hingga 15 Mac serta peluang mendapatkan outfit baharu Flowborn.


Tidak cukup dengan itu, sebanyak 15 skin baharu turut diperkenalkan dan boleh dibeli menggunakan token tersebut, manakala semua hero dan skin juga boleh dicuba secara percuma untuk tempoh terhad.
Bagi meraikan musim perayaan, pemain turut boleh menuntut Ramadan Spriteling percuma, manakala event Ramadan Green Packet Shower yang berlangsung dari 20 hingga 22 Mac memberi peluang memperoleh sehingga 10,000 token. Di Malaysia, komuniti pemain juga boleh menyertai acara Festival of Lanterns Treasure Hunt yang berlangsung sehingga 14 Mac. Jika sasaran kemajuan nasional berjaya dicapai, acara khas buka puasa komuniti akan diadakan di Courtyard by Marriott KL South.
Selain itu, sistem ganjaran HoK Benefits turut memulakan musim baharu dengan pelbagai hadiah menarik seperti iPhone 17 Pro, iQOO 15R dan Sony PlayStation 5 Slim yang boleh ditebus melalui event khas dalam permainan. Dengan pelbagai kandungan baharu serta ganjaran menarik, Flow Update jelas memberi lebih banyak sebab untuk pemain kembali ke medan pertempuran dalam Honor of Kings.


