MOONTON Games mengumumkan pelancaran global Magic Chess: Go Go (MCGG) pada 28 Mei 2025 ini, menawarkan permainan strategi multiplayer percuma kepada pemain di seluruh dunia. Pelancaran ini akan serentak dengan permulaan Musim 2 untuk wilayah-wilayah terpilih yang telah mendapat akses semasa Pelancaran Grand APAC pada 21 Februari 2025 lalu. Sejak dilancarkan, MCGG telah mencapai lebih 20 juta pra-pendaftaran, menjadikannya salah satu permainan mudah alih paling popular tahun ini.


Dibangunkan oleh pasukan di sebalik Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), MCGG membawa watak-watak MLBB ke dalam permainan papan strategi, di mana 8 pemain bersaing dalam mod Player vs Player (PvP). Pemain perlu membentuk pasukan terkuat dengan gabungan watak-watak dan Synergies (buff unik berdasarkan faction) untuk menjadi pemenang.
Musim 2: Blessing of Embers memperkenalkan tema pertarungan Dewa vs Iblis, dengan 6 Synergies baharu (jumlah keseluruhan 10) dan sistem Blessing. Mekanik Blessing memberikan buff tambahan jika pemain memiliki 3 atau lebih hero yang dinaikkan ke tahap yang sama. Gabungan 10 Synergies akan membuka Ultra Synergy, meningkatkan kekuatan pasukan secara drastik.


MCGG telah mendapat sambutan hangat di Asia Tenggara, dengan kejohanan seperti Magic Chess: Go Go Indonesia Community Tournament (MCCT ID) menarik ribuan peserta dan penonton. Permainan ini boleh dimuat turun di Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, dan Thailand melalui iOS dan Android.