Malaysia Esports Federation (MESF) kini dilantik sebagai Rakan Pasukan Nasional oleh Esports Foundation bagi menyertai Esports Nations Cup 2026 (ENC). Kejohanan berasaskan negara ini akan berlangsung di Riyadh dari 2 hingga 29 November 2026, dan merupakan antara inisiatif baharu yang memfokuskan persaingan peringkat kebangsaan berbanding format kelab.
Melalui pelantikan ini, MESF akan mengetuai pembentukan pasukan esports Malaysia, termasuk pemilihan pemain, pengurusan pasukan serta persediaan menyeluruh untuk kejohanan. Antara judul yang dijangka menjadi tumpuan termasuk Mobile Legends: Bang Bang dan Honor of Kings.
Pelantikan ini turut mencerminkan prestasi Malaysia di pentas antarabangsa sebelum ini, termasuk pencapaian di Sukan Asia 2025 serta kejuaraan IESF World Esports Championship 2025. Selain itu menyokong penubuhan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik (NESDEG) bagi menyeragamkan kebajikan pemain dan integriti kejohanan.
ENC akan dianjurkan setiap dua tahun dan bertindak sebagai pelengkap kepada kejohanan berasaskan kelab seperti Esports World Cup.


