Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kembali menggegarkan arena permainan dengan acara paling epik tahun ini — ALLSTAR 2025, yang bermula 27 Jun ini! Bertemakan dunia dinosaur-mekanik, acara ini menampilkan transformasi peta paling dramatik dalam sejarah MLBB, lengkap dengan elemen audio-visual yang imersif dan ancaman prasejarah yang menggila.
Kemunculan Lord Pterosaur & Pertarungan Baharu
ALLSTAR 2025 memperkenalkan Lord Pterosaur, versi evolusi kepada Elemental Lord. Kini lebih ganas dengan keupayaan baharu seperti serangan kilat dan taunt pertempuran, Lord Pterosaur membawa cabaran yang menguji koordinasi pasukan. Sekiranya berjaya dijinakkan, raksasa ini akan melancarkan serangan laser dan peluru berpandu ke arah musuh dan menjadi aset penting dalam meraih kemenangan.


Buff Hutan & Peningkatan Taktikal
Buff Biru dan Merah kini hadir dalam bentuk raksasa purba yang baharu. Pemain yang menewaskan creep sungai prasejarah boleh mengumpul sehingga tiga rakan sokongan, memberikan kelebihan strategik dalam pertarungan pasukan.
Dinosaur Adventure: Skin Popol dan Kupa Percuma!
Acara Dinosaur Adventure bermula pada 27 Jun, di mana pemain boleh menyertai ekspedisi bertemakan dinosaur dengan melengkapkan login harian dan misi cabaran. Gunakan dadu untuk menjelajah papan permainan, kumpul Draco Eggs dan tukar syiling untuk pelbagai ganjaran — termasuk skin khas Popol dan Kupa: Proto Hunter secara percuma!


Team Adventure & Hunting Night
Acara Team Adventure membolehkan pemain bekerjasama mengumpul Adventure Points untuk membuka ganjaran seperti Battle Emote ALLSTAR dan Anime Tokens. Manakala Hunting Night pula memberikan akses percuma kepada 100 skin, semua hero, dan 3 bonus perlindungan Team Star — sesuai untuk boost kemenangan skuad anda!
Kerjasama MLBB x Monster Energy™
MLBB turut bekerjasama dengan Monster Energy™ dalam kolaborasi serantau yang akan bermula 24 Jun di Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Acara pop-up bertemakan dinosaur akan memeriahkan lokasi-lokasi terpilih dengan promosi eksklusif serta peluang menikmati minuman tenaga Monster sambil bermain MLBB!


ALLSTAR 2025 bukan sekadar acara — ia adalah sambutan untuk komuniti MLBB yang setia. Jangan lepaskan peluang untuk alami pengalaman permainan paling imersif tahun ini. Team Up, Master the Roar, dan jinakkan kekacauan prasejarah!
Tonton trailer rasmi di sini: https://youtu.be/5SJDMDDiX0o
Muat turun MLBB sekarang di App Store & Play Store.
Ikuti perkembangan lanjut di Facebook, Instagram, TikTok, X dan YouTube rasmi MLBB.