Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia telah melancarkan inisiatif terbesar sempena Ramadan melalui Golden Hour Livestream Event, sebahagian daripada Kempen Bulan Keemasan. Kempen ini menawarkan hadiah istimewa iaitu 10 pemain Malaysia dan seorang rakan atau ahli keluarga setiap pemenang akan dibawa menunaikan Umrah di Makkah selama 12 hari. Ini merupakan kali pertama sebuah syarikat permainan video ini menawarkan hadiah perjalanan Umrah sebagai sebahagian daripada kempen dalam permainan, menunjukkan komitmen MLBB dalam meraikan budaya dan nilai keagamaan komuniti pemainnya.


Untuk layak menyertai cabutan bertuah ini, pemain perlu melengkapkan sekurang-kurangnya tiga perlawanan dalam mod Ranked, Classic, atau Brawl dalam tempoh yang ditetapkan. Pemenang akan dipilih melalui cabutan langsung pada 15 dan 22 Mac. Selain hadiah utama, pemain juga berpeluang memenangi telefon OPPO dan Diamond dalam permainan.
Cara Menyertai:
- Pemain perlu mencapai sekurang-kurangnya Tahap 8 dalam permainan.
- ID MLBB mestilah berdaftar di Malaysia.
- Pemenang mestilah warganegara Malaysia, beragama Islam, dan memiliki pasport Malaysia yang sah.


Tarikh Penting:
- Cabutan pertama: 15 Mac (layak bermain antara 4-10 Mac).
- Cabutan kedua: 22 Mac (layak bermain antara 11-17 Mac).
Pemain boleh menonton siaran langsung cabutan ini di platform TikTok, Facebook, dan YouTube rasmi MLBB Malaysia. Pemenang akan diumumkan melalui akaun media sosial rasmi MLBB dan akan dihubungi melalui emel untuk proses penebusan hadiah.
Kempen ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MLBB untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti tempatan melalui inisiatif yang meraikan budaya Malaysia. Sebelum ini, MLBB telah menganjurkan siaran langsung Meriah Raya di TikTok sempena Hari Raya, yang menggalakkan pemain dan keluarga untuk berhubung melalui permainan.
Kempen Bulan Keemasan berlangsung dari 28 Februari hingga 1 April, menawarkan pelbagai hadiah mewah dan mewujudkan persekitaran permainan yang inklusif untuk pemain dan keluarga berkongsi minat terhadap MLBB. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen istimewa ini!