MPL Malaysia kini bersedia melangkah ke fasa baharu apabila liga ikonik Mobile Legends ini mengumumkan peralihan ke “Enhanced Franchise Format” bermula musim akan datang.
Musim ke-16 yang bermula 13 September hingga 19 Oktober bakal menjadi musim terakhir dengan format asal, sebelum MPL MY memasuki era lebih profesional dan mampan, diinspirasikan oleh liga global seperti NFL & NBA.


Penaja Gergasi Sertai MPL Malaysia
Pengumuman besar ini turut dikuatkan dengan kemasukan penaja-penaja ternama:
- CelcomDigi – Penaja Rasmi Liga (Musim 16 – 18)
- Infinix – Telefon Pintar Gaming Rasmi (hingga Musim 18, GT 30 Pro)
- Yamaha – Penaja Motosikal Rasmi (Musim 16 & 17), debut global dalam esports
- Grab Malaysia – Penaja Rasmi Penghantaran Makanan
- Fairrie, 100PLUS, CeraVe, Playaz – Penaja & rakan kongsi strategik
Kehadiran nama-nama besar ini mengukuhkan lagi MPL Malaysia sebagai bukan sekadar liga kompetitif, tetapi juga sebuah powerhouse hiburan tempatan.
Musim 16: Jalan ke M7
Musim ke-16 akan berlangsung di Sri Putra Hall, Bukit Jalil dengan format Single Round Robin BO3. Sepuluh pasukan terbaik negara akan berentap merebut 6 slot playoff, di mana 2 pasukan teratas bakal mewakili Malaysia di M7 World Championship di Indonesia, Januari 2026.
10 pasukan bertanding:
Selangor Red Giants, Homebois, Untitled, AERO Esports, Team Vamos, Monster Vicious, Todak, Team Rey, CG Esports & GamesMY Kelantan.
Dengan kejayaan besar SRG di pentas antarabangsa, semangat #PantangMengalah terus membara menjelang musim ini. Bagi komuniti, inilah saat bersejarah — menutup satu era dan membuka lembaran baharu esports Malaysia.