Pusingan Akhir PUBG Global Championship (PGC) 2022 berlangsung di Pusat Pameran Dubai UAE dari 17-20 November 2022, dengan kehadiran penonton secara langsung. 16 pasukan bermain 20 perlawanan sepanjang 4 hari Pusingan Akhir berlangsung. Pasukan dari Eropah; Natus Vincere (NAVI) memperoleh gelaran Juara PGC 2022, membawa pulang hadiah wang lebih daripada USD $1,000,000. Berdasarkan keputusan keseluruhan pusingan, NAVI memenangi 179 mata: 114 untuk mata singkir dan 65 untuk mata kedudukan, yang membawa pasukan mereka ke tempat pertama dalam kejohanan.
Tempat kedua dimenangi 17GAMING dari China. Mereka memegang tempat teratas selepas dua hari pertama Pusingan Akhir tetapi ditolak semula ke kedudukan kedua pada hari ketiga. Di sebalik pertarungan sengit mereka untuk mendapatkan tempat pertama pada hari terakhir, 17GAMING menamatkan kejohanan dengan jumlah 168 mata. Twisted Minds dari Eropah mendapat tempat ketiga, dengan Pasukan dari Amerika iaitu eUnited di tempat keempat.
Anugerah MVP pergi ke pemain Natus Vincere, Artem “xmpl” Adarkin yang berhasil mendapatkan 32 penyingkiran di Pusingan Akhir. Selain dari anugerah, dia juga menerima hadiah tambahan sebanyak USD $10,000.
Pada hari terakhir pertandingan, Ketua Pegawai Eksekutif KRAFTON, CH Kim berucap kepada penonton melalui mesej video, mengumumkan rancangan untuk PUBG Esports pada tahun 2023. Antaranya adalah pasukan yang mengambil bahagian dalam PUBG Global Series (PGS) kini boleh memperoleh mata PGC. PUBG Nations Cup (PNC) akan diadakan semula pada 2023.
Selain itu, Program Perkongsian Global akan dilancarkan tahun depan di mana Pasukan Rakan Kongsi Global tersebut akan menerima barangan eklusif pasukan mereka didalam permainan dan akan diberi slot dalam PGS. KRAFTON juga merancang untuk membuka stadium khusus untuk PUBG Esports di Korea Selatan pada separuh pertama 2024 untuk membolehkan peminat dan pemain menikmati PUBG Esports sepanjang tahun.