Sempena sambutan ulang tahun ke-8, PUBG MOBILE sekali lagi mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama jenama hypercar terkemuka dari Jerman, Apollo Automobil. Bermula 20 Mac hingga 10 Mei 2026, pemain berpeluang memandu dua jentera ikonik yang menggabungkan seni reka futuristik dan kejuruteraan berprestasi tinggi.
Dua Jentera Ikonik di Medan Perang
Kolaborasi ini membawakan dua model kebanggaan Apollo ke dalam peta kegemaran anda:
- Apollo Intensa Emozione: Sebuah karya seni automotif yang hanya dihasilkan sebanyak 10 unit di dunia nyata. Pemain boleh memilih daripada empat warna eksklusif: Tempest, Showdown, Phantom Violet, dan Molten Inferno.
- Apollo Project EVO: Terkenal dengan reka bentuk garang dan pintu “butterfly,” model ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Glacier, Sunset, dan Radiant Gold.
Aksesori Eksklusif & Ganjaran Khas
Selain kenderaan, pemain juga boleh mendapatkan pelbagai aksesori bertema seperti Apollo Parachute, Apollo Ornament, dan Apollo Space Gift. Lebih menarik lagi, pemain yang berjaya mengumpul kesemua tujuh variasi warna kereta Apollo akan mengaktifkan kesan khas (in-game effects) yang sangat eksklusif.
Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada pengisian besar-besaran ulang tahun ke-8 PUBG MOBILE yang menjanjikan lebih banyak kandungan ikonik buat komuniti pemain global.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman memandu hypercar Apollo! Muat turun PUBG MOBILE secara percuma di App Store atau Google Play Store sekarang.


