Kejohanan ini dipertandingkan selama dua hari dan menampilkan 8 buah pasukan bagi merebut gelaran juara. Semalam pasukan ELUX muncul juara di kejohanan Mobile Legends Bang Bang GMX CUP MUSIM ke-1 dan Pasukan Elux berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan sebuah trofi kejuaraan.


Perlawanan yang baik ditunjukkan oleh Pasukan Rahasia semalam yang Berjaya mengikat kedudukkan 3-3 sebelum tewas 4-3 ditangan pasukan Elux. Pasukan ini membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,500.


Manakala Monster Vicious Berjaya meraih tempat ketiga dan Berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 dan tempat keempat pula dimenangi oleh pasukan Origins dan memperolehi wang tunai sebanyak RM500.




Sekalung tahniah juga buat pasukan yang mendapat tempat kelima hingga lapan dan pasukan mereka masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM250 bagi setiap pasukan.

