PUBG MOBILE mengumumkan kerjasama global eksklusif bersama jenama automotif mewah Jerman, Porsche, dalam kolaborasi tiga hala bersama PUBG: BATTLEGROUNDS. Bermula 5 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026, pemain boleh menikmati pengalaman memandu model-model Porsche berprestasi tinggi dalam permainan, termasuk Porsche 918 Spyder, Porsche Panamera Turbo S, Porsche Cayenne Turbo GT, dan Porsche 911 Carrera 4 GTS Cabriolet, lengkap dengan warna unik yang direka khas.


Pemain juga boleh memperibadikan gaya permainan dengan koleksi aksesori bertema Porsche seperti Porsche Racing Suit, Racing Helmet, Parachute, serta hiasan seperti Crest Ornament dan Car Key Ornament untuk tampil lebih bergaya di medan pertempuran.
Sebagai sebahagian daripada kempen global bertema “Precision rules. Confidence drives it.”, kandungan eksklusif Porsche juga turut hadir di PUBG: BATTLEGROUNDS untuk PC dan konsol sepanjang November dan Disember 2025.
🏆 Pengumuman Istimewa PMGC 2025
Selaras dengan acara PUBG UNITED, satu hadiah istimewa diumumkan untuk FINALS MVP PMGC 2025 — pemenang akan membawa pulang sebuah Porsche Cayenne baharu. Ini menjadikan kejuaraan tahun ini lebih sengit dan mendebarkan daripada sebelumnya.


Aksi peringkat akhir akan berlangsung secara LIVE dari 12 hingga 14 Disember, jam 5 petang, di mana peminat boleh menyaksikan pertempuran sengit sekaligus melihat siapa yang bakal menjulang gelaran MVP dan membawa pulang hadiah mewah tersebut.


