Organisasi yang cukup terkenal dikalangan peminat Dota 2 iaitu Alliance telah memuat naik satu ciapan di Twitter rasmi mereka yang menyatakan bahawa mereka menginginkan salah satu karakter dari permainan video Heroes Of Newerth dimasukkan ke dalam permainan Dota 2.
Seperti yang kita semua ketahui, Heroes of Newerth yang baru saja menghentikan operasi permainan tersebut pada 20 jun yang lalu.
Pada hari yang sama juga, Alliance telah membuat satu ciapan di Twitter yang mengatakan
Bagaimana kalau kita tambahkan ‘ Puppet Master’ ke permainan Dota sebagai penghormatan kepada HoN
Alliance
Rata-rata peminat bersetuju dan memberi komen yang positif dengan perkara tersebut.