realme mengumumkan realme 15 Pro sebagai telefon rasmi Kejohanan Dunia MLBB M7 yang akan berlangsung Januari 2026 di Jakarta. Peranti ini hadir dengan Snapdragon 7 Gen4, mod GT Boost untuk FPS stabil, bateri 7000mAh dengan pengecasan 80W, serta ciri unik AI Gaming Coach yang boleh memberi analisis taktikal masa nyata.
Spesifikasi realme 15 Pro
- Cip: Snapdragon 7 Gen 4
- Paparan: 6.8 inci, 144 Hz, “HyperGlow 4D Curve+”
- Kecerahan puncak: hingga 6,500 nits
- RAM & Storan: 12 GB + 256 GB atau 12 GB + 512 GB
- Kamera: Kamera utama 50 MP (Sony IMX896) + ultra lebar 50 MP + hadapan 50 MP
- Bateri & pengecas: 7,000 mAh + pengecasan pantas 80W
- Ketahanan & dimensi: Bebas habuk/aqua (IP69) disebut dalam pelancaran Malaysia
- Sistem: realme UI 6.0 berasaskan Android 15
Harga realme 15 Pro di Malaysia
Berikut adalah harga rasmi yang diumumkan semasa pelancaran:


- realme 15 Pro (12 GB + 256 GB) : RM 1,799
- realme 15 Pro (12 GB + 512 GB) : RM 2,099
M7 akan himpunkan 22 pasukan terbaik dunia, bermula dengan Wild Card pada 3 Januari dan berakhir dengan Grand Final pada 25 Januari 2026. Kerjasama ini selari dengan semangat realme, “Real Passion Never Dies”, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam dunia e-sukan mudah alih.