King, pembangun permainan Candy Crush Saga mengumumkan projek baharu yang kelihatan menarik iaitu Rebel Riders untuk platform Android dan iOS. Permainan pertempuran kenderaan di mana mainan yang tidak berpuas hati atas layanan tuan mereka bertarung di arena. Ia boleh dirumuskan seperti berlatarkan filem animasi Toy Story tetapi diadunkan dengan filem Death Race.
Pemain akan terlibat dalam pertempuran kenderaan bersenjata sesama mereka untuk peluang kedua bagi membuktikan kehebatan mereka dengan memusnahkan satu sama lain. Pemandu akan datang dari setiap rak kedai mainan, bermula dari figura aksi hingga kotak bijirin dan banyak lagi.
Para pemain akan bertempur dengan jip, kereta kebal, atau labah-labah mekanikal, dengan satu matlamat yang sama iaitu memusnahkan lawan mereka. Pemain akan mempunyai keupayaan untuk menaik taraf dan menyesuaikan watak mereka mengikut kesukaan mereka.
Permainan ini dilancarkan secara akses awal pada Android di Jerman, Indonesia dan Malaysia. Untuk pemain di iOS, permainan ini hanya dilancarkan di Kanada pada masa ini