Michael “shroud” Grzesiek kini kembali sebagai pemain profesional. Penstrim legenda itu diumumkan sebagai tambahan terbaru kepada pasukan Sentinels Valorant. Pengumuman ini sangat tidak dijangka sehingga ramai peminat tertanya-tanya sama ada video itu benar atau jenaka April Fools yang sudah lama tertangguh. Shroud mendedahkan didalam strim beliau bahawa dia akan mula berlatih dengan pasukan untuk bersiap sedia untuk kejohanan LCQ pada bulan Ogos.
Nampaknya shroud akan mengambil alih peranan sebagai Controller. Pemain yang paling jelas untuk digantikan ialah Hunter “SicK” Mims, yang baru-baru ini bergelut dengan kesihatan mentalnya. Shroud tidaklah bermain dengan pemain baru sepenuhnya. Ketua pasukan adalah Shahzeb “ShahZaM” Khan, salah seorang rakan pasukan beliau semasa dia bermain CS:GO untuk Cloud9. Di samping itu, dia juga akan mengenali TenZ, yang juga bermain untuk Cloud9 pada 2019.