Buat peminat esports tanah air, bersiaplah untuk aksi mendebarkan di Snapdragon Mobile Challenge Finals – Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang akan berlangsung di Johor Bahru pada 14 hingga 16 Februari 2025!
Acara ini akan menyaksikan 12 pasukan terbaik Asia Pasifik bertarung bagi merebut kejuaraan dan bahagian daripada jumlah hadiah bernilai USD $150,000 (kira-kira RM700,000!). Antara nama besar yang bakal berentap adalah juara dunia M5, Falcons AP.Bren, dan kebanggaan Malaysia, Selangor Red Giants, yang kini sedang bertarung dalam merebut kejuaraan M6 World Championship.
Lebih menarik lagi, beberapa pasukan terbaik dari Challenge Finals ini juga akan layak ke Snapdragon Mobile Masters Tahun Ke-3, satu pentas global untuk menguji kehebatan mereka menentang pemain MLBB terunggul di dunia.
Snapdragon Mobile Challenge Finals ini merupakan kemuncak bagi Musim Ke-6 MLBB dalam Snapdragon Pro Series, ekosistem esports mudah alih pelbagai tajuk terbesar di dunia, yang dibawakan oleh ESL FACEIT Group (EFG) dan Qualcomm Technologies Inc.
Jadi, rakyat Malaysia, jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan pertarungan epik secara langsung dan berikan sokongan padu kepada Selangor Red Giants! Pasti Johor Bahru akan bergema dengan sorakan esports!
Untuk berita terkini dan liputan penuh acara ini, layari Arked MY, platform terbaik anda untuk semua perkara berkaitan esports dan gaming!