Kejohanan kelayakkan bagi rantau Asia Tenggara dan Asia untuk melayakkan diri ke IESF World Esports Championship 2022 (IESF WEC) telah pun tamat. Wakil dari Malaysia iaitu pasukan Todak diumumkan sebagai pemenang bagi Kelayakkan Rantau Asia untuk permainan Mobile Legends Bang Bang (MLBB).
Di pusingan kelayakkan rantau Asia Tenggara, Todak diletakkan didalam Kumpulan A bersama pasukan dari negara Laos, Vietnam dan Brunei. Perjalanan Todak dilihat mudah selepas menang kesemua perlawanan tanpa ada satu pusingan pun tewas. Pada pusingan akhir rantau Asia mereka membenam pasukan dari Myanmar dengan kemenangan 3-0. Dengan ini, Malaysia akan mara ke peringkat akhir yang akan dilakukan secara luar talian (offline) di Bali awal Disember nanti.
Wakil negara dalam permainan PUBG Mobile, gagal mendapatkan tempat di pusingan akhir nanti selepas hanya mampu menamatkan pusingan di tempat ke-10. Untuk PUBG Mobile, pasukan dari Kazakhstan menjuarai pusingan kelayakkan rantau Asia dan berjaya menempah slot untuk pusingan akhir di Bali nanti. Untuk permainan lain, masih ada lagi wakil dari negara dan kami akan kongsikan selepas mendapat maklumat yang terperinci.