Organisasi e-sukan Team SoloMid (TSM), yang menandatangani perjanjian kerjasama bernilai 210 juta USD selama sepuluh tahun dengan FTX (Syarikat Pertukaran Crypto) pada 2021, mengumumkan akan menggantung perkongsian mereka selepas FTX mengfailkan muflis pada hari Rabu lepas.
Pada 8 November, Binance, bursa crypto terbesar di dunia, bercadang untuk memperoleh FTX dan membantu menampung masalah yang dialami syarikat tersebut. Tetapi hanya sehari kemudian, Binance mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan hasrat itu selepas menyemak dokumen kewangan FTX. Dalam satu kenyataan di Twitter, FTX berkata bahawa pengasas syarikat itu, Sam Bankman-Fried, telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, walaupun dia akan kekal “untuk membantu dalam peralihan yang teratur”. John J. Ray III telah dinamakan sebagai CEO baharu.
Semalam, organisasi esport itu mengeluarkan satu lagi kenyataan yang mengesahkan penggantungan perkongsian itu.
“Selepas memantau situasi yang berkembang dan berbincang secara dalaman, TSM menggantung perkongsian kami dengan FTX berkuat kuasa serta-merta. Ini bermakna penjenamaan FTX tidak akan muncul lagi pada mana-mana profil media sosial org, pasukan dan pemain kami, dan juga akan dialih keluar daripada jersi pemain kami. Proses ini mungkin mengambil sedikit masa untuk disiapkan kerana beberapa platform sosial telah membuat perubahan pada ciri produk mereka,” kata mereka.
TSM