Honor of Kings sekali lagi hidupkan magis musim sejuk dengan kolaborasi Disney Frozen! Bermula 28 November hingga 8 Februari, pemain boleh menikmati pelbagai kandungan baharu seperti skin eksklusif, kosmetik khas dan ganjaran masa terhad.


Antara tarikan utama, pemain boleh dapat kostum Shi–Snowventure secara percuma hanya dengan misi harian dan perlawanan. Setiap hari Sabtu pula, Winter Points akan double, jadi lebih cepat nak redeem.


Untuk peminat Elsa, ada juga skin Lady Zhen – Snowventure yang diinspirasikan daripada watak itu, boleh didapatkan melalui Frozen Themed Wish. Selain itu, banyak kosmetik bertema Frozen lain seperti minion skin, kostum Spriteling dan latar belakang khas yang boleh ditebus melalui pelbagai kedai dan cabutan.


Cabutan bermula 25 token (diskaun harian), atau 50 token / 1 Wish Token. Kadar drop ikut tier — dengan peluang 1% untuk kulit Legendary.


Pendek kata, Winter Wonderland kembali dengan penuh magis. Banyak ganjaran, banyak kosmetik cantik, dan peluang untuk share hadiah bertema Frozen dengan rakan-rakan. Masa terbaik untuk terjun semula ke dunia HOK!


