Close Menu
Arked MYArked MY
  • Arkib
  • Get In Touch
  • Our Authors
  • PMPLMY Fall 2023
  • Privacy Policy
  • Typography Elements
  • Utama
Search
Terkini Di Arked

FFWS SEA Dimansuhkan Mulai 2027: Liga Tempatan Jadi Pertaruhan Utama Slot Global Finals

13 Oct, 2026

Kuwait Diangkat Tuan Rumah Pertama Asian Esports and Mind Sports Games 2027

28 Sep, 2026

Hvad er ROFUS?

28 Sep, 2026
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
Facebook Instagram TikTok RSS
Facebook Instagram TikTok
Arked MYArked MY
Sunday, 18 Oct, 2026
Arked MYArked MY
Home»Free Fire X Naruto Shippuden: Kolaborasi Epik Tahun Ini!

Free Fire X Naruto Shippuden: Kolaborasi Epik Tahun Ini!

By 08 Jan, 2025No Comments3 Mins Read

Bersiap sedia semua pemain Free Fire dan peminat anime, kerana kolaborasi epik yang dinanti-nantikan antara Free Fire dan NARUTO SHIPPUDEN bakal tiba! Dari 10 Januari hingga 9 Februari, bersedia untuk menerokai pelbagai elemen baru dalam mod Battle Royale dan Clash Squad, termasuk koleksi eksklusif, bundle menarik, serta Super Emote pertama Free Fire – semuanya diinspirasikan daripada anime kegemaran ramai, NARUTO SHIPPUDEN!

Selain itu, muzik ikonik daripada siri ini, seperti NARUTO Main Theme, akan dimainkan dalam permainan untuk memberikan pengalaman lebih imersif kepada semua pemain.

Ciri-Ciri Baharu yang WAJIB Anda Cuba

1. Rekonstruksi Kampung Konoha di Bermuda
Sekarang, anda boleh spawn di Kampung Konoha (Hidden Leaf Village) di Bermuda! Terokai Kampung Shinobi tertua ini, kagumi ukiran besar di Hokage Rock, dan jangan lupa singgah di kedai Ichiraku Ramen (kedai kegemaran Naruto!) untuk menikmati semangkuk mi yang memberikan EP auto-grow buff.

Anda juga boleh melawat Pejabat Hokage, Arena Peperiksaan, dan rumah Naruto sendiri! Memang betul-betul macam dalam anime!

2. Nine Tails Strikes Bermuda
Dalam setiap perlawanan Battle Royale, anda akan bertemu dengan Nine Tails! Sama ada ia menyerang kapal terbang, gudang senjata, atau tanah, setiap pilihan akan menghasilkan peristiwa unik yang menjadikan permainan lebih mencabar.

3. Jutsu, Revival Point & Cyber Airdrops
Eliminated? Jangan risau! Kini anda boleh dihidupkan semula melalui Summoning Reanimation Jutsu, lengkap dengan peralatan lebih hebat. Jangan lupa cari Ninjutsu Scroll Airdrops untuk menyerlahkan kuasa ninja anda di mod Clash Squad.

Koleksi Eksklusif Bertemakan NARUTO

Apa makna kolaborasi tanpa koleksi eksklusif, kan? Pemain boleh memiliki pelbagai bundle watak terkenal seperti Naruto, Sasuke, Kakashi, dan Sakura! Selain itu, nikmati emote ikonik, senjata bertemakan NARUTO, dan Super Emote yang memanggil Gamabunta!

Berikut adalah beberapa koleksi yang mesti anda kumpul:

  • Bundle Lelaki: Naruto (Sage Mode & Kurama Link Mode), Sasuke, Kakashi, Jiraiya
  • Bundle Perempuan: Sakura
  • Senjata: M4A1 (Naruto Theme), Katana (Snake Sword)
  • Emote: Ninja Run, Super Emote (Gamabunta Summoning)
  • Lain-lain: Gloo Wall Hokage Rock, Backpack Ninja Scroll, Skywing Nine Tails, dan banyak lagi!

Misi Istimewa & Hadiah Hebat

Sepanjang acara, pemain boleh menyertai misi khas untuk mempertahankan Bermuda daripada serangan Nine Tails dan menebus pelbagai hadiah menarik! Hadiah utama termasuk Jiraiya Bundle dan Naruto Battle Card. Pada kemuncak acara pada 18 Januari, anda juga berpeluang memenangi Sasuke Bundle dengan mengumpul voucher istimewa melalui misi.

Jadi, apa tunggu lagi? Log masuk ke Free Fire sekarang untuk mendapatkan hadiah percuma seperti Headband dan Banner Konoha, dan jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara terbesar ini. Serlahkan semangat ninja anda di medan pertempuran!

Arked MY akan sentiasa membawakan berita gaming terkini untuk anda. Stay tuned!

Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous ArticleKonami Jalin Kerjasama dengan FAM, Harimau Malaya Kini di eFootball 2025
Next Article Keajaiban Frozen Kini di Honor of Kings – Rasai Magisnya Sekarang!

Artikel Berkaitan

FFWS SEA Dimansuhkan Mulai 2027: Liga Tempatan Jadi Pertaruhan Utama Slot Global Finals

Kuwait Diangkat Tuan Rumah Pertama Asian Esports and Mind Sports Games 2027

Hvad er ROFUS?

Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

Stay In Touch
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Trending Now!

FFWS SEA Dimansuhkan Mulai 2027: Liga Tempatan Jadi Pertaruhan Utama Slot Global Finals

By 13 Oct, 20261 Min Read

Kejohanan Free Fire bakal memperkenalkan struktur kelayakan baharu bagi rantau Asia Tenggara bermula tahun 2027.…

Kuwait Diangkat Tuan Rumah Pertama Asian Esports and Mind Sports Games 2027

28 Sep, 2026

Hvad er ROFUS?

28 Sep, 2026

PUBG Mobile Light Bakal Tiba: Memori Lebih Kecil, Ciri Tetap Lengkap & Mesra Telefon Kentang

18 Aug, 2026

Esports World Cup Lancar Koleksi Kad Dagangan Rasmi, Membawa Tradisi Ikonik Sukan ke Dunia Esports

12 Aug, 2026
Arked MY
Facebook Instagram Discord TikTok
© 2026 ArkedMY. Handcrafted with Love ❤️ by Piratz.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.