Close Menu
Arked MYArked MY
  • Arkib
  • Get In Touch
  • Our Authors
  • PMPLMY Fall 2023
  • Privacy Policy
  • Typography Elements
  • Utama
Search
Terkini Di Arked

FFWS SEA Dimansuhkan Mulai 2027: Liga Tempatan Jadi Pertaruhan Utama Slot Global Finals

13 Oct, 2026

Kuwait Diangkat Tuan Rumah Pertama Asian Esports and Mind Sports Games 2027

28 Sep, 2026

Hvad er ROFUS?

28 Sep, 2026
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
Facebook Instagram TikTok RSS
Facebook Instagram TikTok
Arked MYArked MY
Sunday, 18 Oct, 2026
Arked MYArked MY
Home»Konami Jalin Kerjasama dengan FAM, Harimau Malaya Kini di eFootball 2025

Konami Jalin Kerjasama dengan FAM, Harimau Malaya Kini di eFootball 2025

By 18 Dec, 2024No Comments2 Mins Read

Konami eFootball secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sekali gus membawa pasukan kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya, ke dalam permainan bola sepak maya eFootball 2025. Kerjasama ini menandakan mercu baharu bagi pasukan kebangsaan di arena bola sepak digital, di mana peminat kini boleh menggunakan skuad Malaysia yang terdiri daripada pemain-pemain tempatan berbakat untuk bersaing di peringkat global.

Foto: Persatuan Bolasepak Malaysia

Pengarah Urusan Konami, Michio Takahashi, menekankan matlamat kerjasama ini adalah untuk menghubungkan peminat bola sepak di seluruh dunia dan meraikan semangat bola sepak Malaysia yang dinamik. “Konami komited menyediakan cara inovatif untuk peminat melibatkan diri dalam eFootball sambil menyemarakkan kecintaan sejagat terhadap sukan ini. Dengan kerjasama FAM, kami meraikan kebanggaan serta semangat Harimau Malaya di pentas antarabangsa,” ujar beliau.

Kandungan Kerjasama

Kerjasama antara Konami dan FAM ini berlangsung selama dua tahun dengan beberapa kempen eksklusif diperkenalkan:

  1. Pasukan Malaysia di eFootball 2025 – Pasukan Harimau Malaya kini boleh dimainkan dengan set jersi penuh rasmi.
  2. Kempen Piala Asia Tenggara – Pemain boleh menyertai kempen ini menggunakan skuad kebangsaan Malaysia dan memenangi ganjaran seperti kad EPIC Safee Sali.
  3. National Team Selection Malaysia – Bermula Disember 2024, pemain boleh mendapatkan kad untuk bintang Malaysia seperti Dion Cools, Arif Aiman, Faisal Halim, Brendan Gan, dan ramai lagi.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, menyatakan bahawa kerjasama ini bertujuan menghubungkan bola sepak tradisional dengan dunia digital, membuka peluang baharu buat peminat bola sepak Malaysia dan memperkukuh penglibatan komuniti bola sepak di peringkat global.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Konami memperkenalkan kad bertaraf EPIC untuk legenda bola sepak Malaysia, Safee Sali, yang menjadi sebahagian daripada siri Harimau Malaya Stars sebagai penghargaan atas sumbangan beliau. Safee Sali turut menyatakan rasa bangganya dengan penghormatan ini dan menggalakkan peminat untuk bermain sebagai wira bola sepak negara seperti Arif Aiman, Dominic Tan, dan Paulo Josué.

eFootball 2025 kini tersedia secara percuma di platform PlayStation, Xbox, PC, iOS, dan Android, dengan pilihan pembelian dalam permainan.

Share. Facebook Twitter Telegram WhatsApp
Previous Article“The Way of All Things” Perkenalkan Yi Xing, Hero Baru dalam Honor of Kings!
Next Article Free Fire X Naruto Shippuden: Kolaborasi Epik Tahun Ini!

Artikel Berkaitan

FFWS SEA Dimansuhkan Mulai 2027: Liga Tempatan Jadi Pertaruhan Utama Slot Global Finals

Kuwait Diangkat Tuan Rumah Pertama Asian Esports and Mind Sports Games 2027

Hvad er ROFUS?

Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

Stay In Touch
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Trending Now!

FFWS SEA Dimansuhkan Mulai 2027: Liga Tempatan Jadi Pertaruhan Utama Slot Global Finals

By 13 Oct, 20261 Min Read

Kejohanan Free Fire bakal memperkenalkan struktur kelayakan baharu bagi rantau Asia Tenggara bermula tahun 2027.…

Kuwait Diangkat Tuan Rumah Pertama Asian Esports and Mind Sports Games 2027

28 Sep, 2026

Hvad er ROFUS?

28 Sep, 2026

PUBG Mobile Light Bakal Tiba: Memori Lebih Kecil, Ciri Tetap Lengkap & Mesra Telefon Kentang

18 Aug, 2026

Esports World Cup Lancar Koleksi Kad Dagangan Rasmi, Membawa Tradisi Ikonik Sukan ke Dunia Esports

12 Aug, 2026
Arked MY
Facebook Instagram Discord TikTok
© 2026 ArkedMY. Handcrafted with Love ❤️ by Piratz.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.