Author: Piratz
Sejak dilancarkan pada tahun 2019, Call of Duty®: Mobile telah mencapai satu pencapaian luar biasa dengan lebih 1 bilion muat turun di seluruh dunia. Kejayaan ini bertepatan dengan pelancaran Season 10: 5th Anniversary, yang memberi penghormatan kepada komuniti CODM yang sentiasa menyokong dan menjadikan permainan ini fenomena global. Sambutan Istimewa dengan Hadiah Eksklusif Untuk meraikan kejayaan ini, pemain di seluruh pelayan Garena dijemput menyertai acara-acara istimewa dalam permainan dari sekarang sehingga 14 November. Lebih menarik lagi, pemain di Filipina, Malaysia, dan Singapura berpeluang memenangi 55,550 COD® Points melalui acara eksklusif dari 8 hingga 10 November 2024. Pemain juga boleh menebus…
Thailand, sebagai tuan rumah SEA Games ke-33, mengumumkan Free Fire (FF) sebagai game battle royale yang akan dipertandingkan. Berita ini dikongsikan oleh akaun Instagram FF Esports Malaysia hari ini. Ini bukan kali pertama FF muncul di SEA Games – ia pernah bertanding pada 2021 di Vietnam, dan kini kembali beraksi di Thailand untuk edisi 2025. Jadi, buat pemain FF, masa untuk latihan dah tiba – SEA Games menanti! Dengan hadirnya Free Fire, pasti makin banyak yang teruja untuk menyaksikan pertandingan hebat di Thailand nanti. Ayuh, siapkan strategi dan tunjukkan bakat pemain Malaysia di pentas Asia Tenggara!
PlayStation 5 Pro dilancarkan secara global pada 7 November. Didedahkan pada 10 September, PS5 Pro adalah konsol permainan yang paling canggih dengan ciri prestasi utama seperti GPU yang dinaik taraf, pencahayaan ray tracing lanjutan, dan PlayStation Spectral Super Resolution. Konsol ini tersedia secara langsung dari PlayStation dan peruncit terpilih di seluruh dunia. Sama ada anda berpindah dari PlayStation 4 atau PlayStation 5, atau baru untuk PlayStation (selamat datang!), berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui untuk mempersiapkan diri dan memulakan dengan PS5 Pro baru anda. Ukuran PS5 ProKonsol PS5 Pro mempunyai ukuran lebih kurang 388mm x 89mm x 216mm (lebar…
Steam baru sahaja melancarkan sistem Rakaman Permainan terbina dalam yang terbaru untuk semua penggunanya, menjadikan rakaman dan perkongsian detik-detik permainan lebih mudah dan lancar. Fungsi baharu ini, dinamakan sebagai Game Recording, membolehkan pengguna merakam dan berkongsi rakaman permainan terus dari platform Steam tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga. Antara ciri utama dalam Game Recording termasuk Background Recording, On-Demand Recording, Replay, Clip, dan Share. Ciri-Ciri Utama Rakaman Permainan Steam Steam Timeline untuk Penyuntingan Mudah Rakaman Permainan Steam turut menampilkan Steam Timeline, yang memudahkan proses penyuntingan rakaman. Garis masa ini memaparkan penanda acara yang merangkumi: Sesetengah permainan juga akan memberikan notifikasi kepada Steam…
Booyah Day tahun ni kembali dengan pelbagai kejutan dan aktiviti menarik! Bermula 8 November, pemain boleh enjoy event bertema Booyah Day yang kali ni digabungkan dengan Free Fire World Series (FFWS) Global Finals 2024. Korang akan jumpa macam-macam elemen khas Booyah Day dalam mod Battle Royale (BR) dan Clash Squad (CS), termasuk ganjaran dan hadiah istimewa FFWS, serta lagu tema baru yang dijamin menaikkan lagi semangat! Booyah My Way – Tunjukkan Gaya Booyah Korang!Dengan tema “Booyah My Way,” event kali ini menggalakkan korang untuk rai kemenangan dengan gaya tersendiri. Kumpul Booyah Points dengan beraksi hebat—seperti revive teammates dan scan kawasan…
Selangor Red Giants menggegarkan pentas Grand Final MPL Malaysia Musim Ke-14 semalam dengan menewaskan Team Vamos 4-2! Ini menjadikan mereka pasukan pertama yang berjaya memenangi MPL Malaysia dua musim berturut-turut. Selepas membawa pulang kejuaraan antarabangsa pertama Malaysia di MLBB Mid Season Cup (MSC) pada Julai lalu, Sang Juara kembali dengan misi “Golden Road” mereka! Pasukan Selangor Red Giants: Pasukan Team Vamos: Perjalanan Penuh Drama Playoffs Musim Ke-14 bukanlah mudah buat Selangor Red Giants. Mereka tewas 1-3 kepada TODAK di Separuh Akhir Upper Bracket, dan terpaksa berjuang di Lower Bracket, dengan hanya satu lagi kekalahan mampu menghantar mereka pulang awal. Namun,…
Di O2 Arena London, England yang penuh gemuruh, pasukan legenda T1 berjaya merangkul kejuaraan dunia League of Legends mereka sekali lagi berturut-turut dengan kemenangan 3-2 ke atas Bilibili Gaming. Kemenangan ini menandakan T1 dan bintang mereka, Lee “Faker” Sang-hyeok, sebagai juara yang tak tergugat dalam sejarah League of Legends! Pertarungan di perlawanan akhir ini penuh dengan aksi mendebarkan! Bilibili Gaming memulakan dengan kemenangan di peta pertama, membuat semua peminat berfikir mereka mungkin bakal mencipta sejarah sebagai juara baru. Tetapi T1 tak menyerah begitu saja—mereka pantas membalas di peta kedua, menjadikan kedudukan 1-1. Bilibili kembali bangkit di peta ketiga dan hampir…
Berita baik buat peminat Pokemon TCG! Pokemon Trading Card Game Pocket kini boleh dimuat turun di iOS dan Android. Walaupun sebelum ini dah ada aplikasi Pokemon TCG, yang ini lain sikit. Aplikasi baru ini lebih fokus pada pengumpulan dan koleksi kad, jadi korang tak boleh bawa masuk koleksi dari aplikasi lama. Apa Yang Best Tentang TCG Pocket ni? Walaupun sekarang ada tiga jenis booster pack dan 220 kad saja, Pokemon TCG Pocket ni akan tambah lagi kad-kad baru dan pack bertema di masa depan. Kad-kad dengan animasi juga sangat rare, dan korang boleh zoom untuk tengok art dengan efek khas.…
Kejohanan berprestij, Pokémon UNITE Asia Champions League 2025 (PUACL2025) telah diumumkan dan bersedia untuk menghimpunkan pasukan elit dari seluruh Asia dalam pertempuran epik untuk merebut gelaran juara Asia! Dua pertandingan utama bakal menentukan pasukan yang akan mewakili Asia Tenggara di PUACL2025 FINALS. Pertama, PUACL2025 SEA League, yang akan bermula pada 16 November 2024, mempertemukan sepuluh pasukan jemputan khas. Kedua, Winter Tournament yang terbuka kepada semua pasukan pada awal tahun 2025, memberi peluang kepada pasukan lain untuk layak ke FINALS. PUACL2025 SEA League dijangka menjadi medan pertempuran sengit, menampilkan sepuluh pasukan profesional utama dari Asia Tenggara dalam format liga yang penuh…
Bandai Namco Perkenalkan DEATH NOTE Killer Within – Permainan Ala Among Us Berdasarkan Anime Popular
Bandai Namco Entertainment Europe mengumumkan DEATH NOTE Killer Within, permainan deduksi sosial (online social deduction game) pertama yang diadaptasi daripada anime terkenal DEATH NOTE. Permainan ini akan dilancarkan pada 5 November 2024 untuk PC melalui STEAM, PlayStation 4, dan PlayStation 5, tersedia secara percuma untuk ahli PlayStation Plus atau boleh dibeli secara berasingan. Dalam DEATH NOTE Killer Within, hingga 10 pemain akan berhadapan dalam dua pasukan untuk menentukan hidup atau mati. Pasukan pemain perlu menyiasat identiti lawan: sama ada untuk menghapuskan L atau merampas Death Note daripada Kira. Kira dan L menyembunyikan identiti masing-masing sambil bersaing untuk menguasai permainan. Pemain…