Author: Piratz

Teknik atau helah “Jump+Punch” ialah salah satu cara yang paling berguna untuk mengejutkan musuh dalam PUBG Mobile, walaupun itu merupakan bug dalam permainan. Ianya akan menyebabkan pemain lawan tidak akan mendengari langkah atau pergerakkan pemain yang menggunakan teknik ini dan ia menjadikan mereka seperti didalam mod senyap. Helah ini sangat popular di kalangan pemain profesional yang beraksi didalam kejohanan PUBG Mobile. Baru-baru ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa bug “Jump+Punch” akan diperbaiki dalam kemas kini yang akan datang. Di Game for Peace (salah satu versi PUBG Mobile untuk negara China) ianya dikatakan telah diperbaiki dan cara ini tidak lagi…

Read More

PUBG Mobile akan berkolaborasi bersama dengan animasi popular tempatan iaitu BoBoiBoy yang dihasilkan oleh Animonsta Studio. Perkara ini dikongsikan oleh pihak PUBG Mobile dan BoBoiBoy dengan video teaser berdurasi 16 saat berjudul “Bukan Sekadar Budak Kecil…” Apakah yang akan dibawakan oleh PUBG Mobile dengan kolaborasi ini? Adakah skin atau pek suara watak animasi tersebut seperti BoBoiBoy atau Adudu? Atau kita akan lihat kedai Tok Aba Kokotiam diletakkan didalam peta permainan.

Read More

Pusingan kelayakkan Asia Pacific (APAC) Predator League 2022 untuk Malaysia telah pun menamatkan tirai dimana RSG dan ShuaiDeGui (SGD) dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang hadiah sebanyak RM 11,000 dan Predator Gaming Chair. RSG akan mewakili Malaysia untuk permainan Dota 2 manakala SGD untuk PUBG: BATTLEGROUNDS di pusingan akhir yang diadakan di Jepun dari 11 hingga 13 November 2022. RSG yang dibarisi oleh Wong “mks” Sim An, Ng “xsilearn” Anwei, Lee “X1aOyu” Qian Yu, Trần “xiaobonbon” Hoàng Minh Quý, dan Roger Tan “Roddgee” Boon Thye, berjaya membenam pemenang pingat emas di Commonwealth Esports Championships 2022 (CEC2022); Team Atlantis dengan…

Read More
FPS

Ubisoft kini menjemput pemain untuk mendaftar dan mencuba ujian beta “versi awal” Rainbow Six Mobile. Walaupun ingin menekankan bahawa peranti mudah alih dalam “ujian ini tidak mewakili senarai akhir peranti untuk pelancaran” dan bahawa “kandungan dan kualiti permainan masih dalam proses”, pembangun/penerbit mengatakan beta tertutup dilancarkan secara langsung di negara terpilih: Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Filipina, Singapura dan India. Malangnya, tidak menyenaraikan negara Malaysia sebagai salah satu negara pilihan atau pemain dengan peranti Apple boleh terlibat bersama-sama. Permainan “first-person shooter” taktikal ini adalah percuma dan pemain bertanding antara satu sama lain dalam perlawanan 5v5, atau “Serangan vs Pertahanan”. Seperti…

Read More

Siri Assassin’s Creed sedang dirancang untuk peranti mudah alih dengan semua aksi-aksi yang kita lihat dalam permainan yang dibangunkan untuk konsol dan PC. Dikenali dengan Codename JADE ialah nama projek ini akan membawa Assassin’s Creed berlatarkan suasana China Purba dan di dalamnya anda akan mempunyai permainan yang jarang dilihat dalam permainan mudah alih. Ia adalah permainan aksi pengembaraan dengan elemen RPG berskala AAA dan ia kelihatan cukup mengagumkan. Bersenario berskala besar, semua mekanik yang hadir dalam permainan Assassin’s Creed pada konsol dan PC, tanpa melupakan visual kualiti tertinggi akan dibawakan pada peranti mudah alih, Jade adalah pertaruhan yang kuat oleh…

Read More

PUBG Global Championship (PGC) ialah acara kemuncak bagi permainan PUBG dan ianya dianjurkan oleh PUBG Corporation. Pasukan terbaik seluruh dunia dijemput untuk menyertai kejohanan ini. Bagi PGC 2022, ianya akan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Sebanyak 32 pasukan yang mengambil bahagian dari empat wilayah di seluruh dunia akan bersaing untuk mendapatkan hadiah wang berjumlah $2 juta dolar Amerika selama kira-kira tiga minggu dari 1 hingga 20 November. Slot bagi PGC yang diperuntukkan mengikut wilayah adalah seperti berikut. Asia – 12 pasukanEropah – 8 pasukanAsia Pasifik – 6 pasukanAmerika – 6 pasukan PGC 2022 akan terdiri daripada kejohanan ‘mingguan’ sama…

Read More

Gundam Evolution dari Bandai Namco, permainan percuma yang menampilkan pelbagai model Gundam dan Sut akan tiba di PC dan versi konsol Gundam Evolution akan tiba dua bulan kemudian. Gundam Evolution adalah permainan pertempuran enam lawan enam merentas tiga mod permainan berasaskan objektif: Point Capture, Domination, dan Destruction. Akan ada 10 peta yang boleh dimainkan semasa pelancaran berserta pas pertempuran percuma atau berbayar yang boleh digunakan untuk membuka pelbagai reka bentuk sut dan item profil baharu. Menurut pembangun, terdapat lebih daripada 500 item tersedia untuk dibuka pada pelancaran. Bersama-sama dengan pelancaran Gundam Evolution, pembangun juga ada memberikan butiran pertama mengenai Musim…

Read More

Tencent meningkatkan pegangan sahamnya di Ubisoft dengan pelaburan €300 juta (~RM 1.33 bilion) dalam Guillemot Bros, syarikat yang dikendalikan oleh pengasas bersama Ubisoft. Tencent kini mempunyai 49.9 peratus kepentingan dalam Guillemot Bros., yang mempunyai kepentingan terbesar dalam Ubisoft. Dengan perjanjian baharu ini, Tencent telah dibenarkan untuk menggandakan pegangannya dalam Ubisoft kepada 9.99 peratus, manakala Guillemot Bros.’ pegangan dalam Ubisoft boleh mencapai 29.9 peratus. Tencent dan Guillemot Bros. boleh memiliki sebahagian besar saham Ubisoft, kerana ianya didominasi oleh keluarga Guillemot dan Tencent. Dengan pelaburan ini, kami berharap ianya akan membantu pihak Ubisoft memperkenalkan beberapa permainan mereka untuk peranti mudah alih. Tencent…

Read More

Sony mengumumkan awal hari ini pada 7 dimana kemas kini perisian sistem PS5 kini boleh dimuat turun untuk semua pengguna di seluruh dunia. Yang dinantikan dalam kemas kini ini ialah pilihan output baharu 1440p untuk pengguna PS5, yang memberikan pemain pilihan output selain daripada 1080p dan 4K. Akhirnya Sony memperkenalkan senarai permainan atau folder untuk senarai permainan pada PS5 anda. Anda kini boleh mengatur permainan anda dan membuat senarai khusus, di mana anda boleh menambah sehingga 100 permainan bagi setiap senarai sehingga 15 senarai kesemuanya. Terdapat juga penambahbaikan yang tertumpu kepada pengalaman pengguna dalam kemas kini perisian sistem PS5 baharu.…

Read More

Jika anda menonton PUBG MOBILE Pro League MYSGPH Fall 2022 lalu, pasti akan sudah mengetahui akan ketibaan peta baharu bernama Nusa dalam kemaskini yang akan datang. Nusa adalah sebuah pulau tropika yang dikelilingi oleh tebing tinggi dan hamparan pantai. Pulau ini dipenuhi dengan pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati seperti rumah besar di tengah pulau, belon udara panas, kincir angin, roda ferris (ferris wheel), hinggalah ke gua-gua tersembunyi. Nama peta yang diambil dari perkataan “Nusantara” ini direka berdasarkan keindahan pulau Bali di Indonesia. Nusa ialah peta ketujuh yang diperkenalkan di permainan PUBG MOBILE, bersama-sama peta Livik, Miramar, Erangel, Vikendi, Karakin…

Read More