Author: Piratz

Semalam Geek Fam menunjukkan penguasaan mereka di Liga Professional PUBG Mobile (PMPL) MYSGPH Fall 2022 dengan muncul juara di peringkat akhir kejohanan tersebut. Beraksi dengan baik di peringkat liga sehingga mendapat markah penuh bagi bonus point memberikan kelebihan kepada pasukan ini untuk meninggalkan 15 pasukan yang lain. Peringkat akhir yang dijalankan selama 3 hari pada awalnya didahului oleh pasukan SEM9 di awal carta pungutan mata. Tetapi mereka bangkit dengan merapatkan jurang mata dengan pasukan pendahulu SEM9 di hari kedua dan pada hari terakhir terus memecut meninggalkan SEM9 dengan perbezaan 47 mata. Geek Fam dibarisi oleh Irzam ‘DamRUDE’ Aman, Mohamad ‘Snipes’…

Read More

Hari ini pihak Sony mengumumkan telah menaikkan harga PlayStation 5, berkuat kuasa serta-merta, di kebanyakan pasaran di seluruh dunia termasuk Malaysia. Harga konsol itu akan meningkat sebanyak RM200 di Malaysia, kepada RM2499, atau RM2069 untuk versi digital. Pihak Sony menegaskan kenaikan harga adalah perlu berikutan persekitaran ekonomi global semasa dan kesannya terhadap perniagaan syarikat, menunjukkan kadar inflasi yang tinggi di peringkat global serta aliran mata wang yang buruk. Berikut adalah perubahan harga PS5 di rantau Asia Tenggara, setakat ini: MalaysiaPS5 Ultra HD Blu-ray disc – MYR 2,499PS5 Digital Edition – MYR 2,069SingaporePS5 Ultra HD Blu-ray disc – SGD 799PS5 Digital…

Read More

Aksesori PlayStation 5 baharu: alat kawalan DualSense Edge, varian premium dengan butang tambahan, pilihan penyesuaian dan keupayaan untuk menukar antara pra-tetapan kawalan yang berbeza. Seperti yang ditunjukkan dalam treler Gamescom Opening Night Live 2022, DualSense Edge mempunyai dua “butang belakang baharu” (di belakang kawalan analog) bersama dengan peluncur (slider) di sebelah butang trigger yang membolehkan anda mengubah jarak pergerakan dan zon mati. https://youtu.be/TzAS_g9OuWs Tombol analog itu sendiri juga boleh ditukar. Alat kawalan akan datang dengan dua jenis butang belakang yang berbeza, dan tiga pilihan berbeza untuk tombol analog. Walaupun modul tombol analog itu sendiri boleh ditukar ganti, pilihan tersebut akan…

Read More

eFootball dibuat oleh Konami, yang merupakan pembangun permainan Pro Evolution Soccer, telah mengumumkan tarikh kemas kini untuk permainan tersebut dari versi 2022 ke 2023 untuk pengguna mudah alih. Kemas kini tersebut akan boleh dimuat turun 25 Ogos 2022 serta hadir dengan beberapa tambahan dan pelarasan. Kemas kini yang akan datang akan memperkenalkan dua jenis kad pemain baharu, iaitu, Highlight dan Epic. Bagi kad Highlight ianya terdiri dari pemain terpilih yang telah mempamerkan persembahan luar biasa dalam “musim semasa” dan mempunyai mata yang lebih tinggi daripada kad Featured. Manakala kad Epic akan menampilkan pemain terkenal dahulu dan sekarang dan mempunyai mata…

Read More

Selepas kisahnya diabadikan dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, pahlawan Melayu Pahang legenda Mat Kilau telah dijadi wira permainan mudah alih. Mat Kilau boleh didapati di King of Nations mulai 22 Ogos 2022, berpakaian baju silat dan tengkolok manakala senjatanya adalah keris.+ King of Nations VNG ialah permainan peranan dan kad strategi berasaskan giliran (turn-based strategy) di mana anda akan bertindak sebagai tuan dalam perjalanan untuk bangkit, mengumpul wira epik dari tamadun berbeza dalam RPG unik ini. Foto: Facebook King of Nations Anda boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store atau Apple App Store. Bagi maklumat lanjut mengenai…

Read More

Permainan bergenre MMORPG (massively multiplayer online role-playing games) kini telah mula menarik perhatian pemain di platform mudah alih. Bagi peminat permainan bergenre ini, Level Infinite kini menerbitkan pencabar permainan Genshin Impact iaitu Tower of Fantasy (ToF). ToF bukanlah permainan yang tidak diketahui sebelum ini. Permainan ini telah menjalani empat ujian beta dan pelbagai penambahbaikan telah dibuat sepanjang setiap ujian. Ianya dilancarkan untuk umum bermula pada 10 November di China dan ke seluruh dunia pada 10 Ogos lepas. https://twitter.com/ToF_EN_Official/status/1561699718891053057 Melalui akaun rasmi Twitter mereka, ToF memberitahu mereka telah mencapai jumlah muat turun sebanyak 10 juta. Selain dari itu, mereka juga menyatakan…

Read More

Hatten Edge, anak syarikat milikan penuh Hatten Land telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Moonton Games pada 18 Ogos lepas untuk menubuhkan hub esukan bersepadu Mobile Legends di Element X Mall Melaka. Hatten Edge akan mengubah hotel itu menjadi hotel Esukan lima bintang dengan beberapa tingkat yang menempatkan bilik bertema Mobile Legends Bang Bang (MLBB). Foto : Element X Mall Facebook Pusat beli-belah Element X ini terletak di sepanjang dermaga selat dan mempunyai keluasan kasar 1.88 juta kaki persegi dengan ruang kedai di 13 tingkat. Tambahan, ElementX juga akan terdiri daripada hotel, lokasi kejohanan esukan, serta akses kepada metaverse melalui kemudahan…

Read More

Semasa minggu pertama PUBG Mobile World Invitational 2022 yang lepas, James JinHo Yang dari PUBG Mobile Esports mengumumkan jadual dan lokasi PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2022. Dari pengumuman tersebut, Indonesia akan menjadi tuan rumah bagi pusingan akhir PMGC 2022 yang akan diadakan pada Januari 2023 kelak. Dalam pada masa yang sama, kejohanan PUBG Mobile Regional Clash (PMRC) juga diumumkan yang melibatkan pertembungan pasukan dari Peacekeeper Elite League (PEL) dan pasukan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) dari rantau Asia Tenggara. Untuk PMRC, ianya akan berlangsung pada 22 hingga 25 September 2022 (4 hari) tetapi jumlah pasukan yang terlibat dan format…

Read More

Tamatlah sudah kejohanan PUBG Mobile City Tournament (PMCT) Malaysia dengan menyaksikan 24 pasukan mara ke ke pentas PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2022 yang akan diumumkan nanti. Setiap pasukan telah bersaing dalam Zonnya untuk mendapatkan tempat dalam PMCT 2022 Zon Akhir. Pasukan terbaik di Perlawanan Akhir Zon (Skuad) masing-masing mara ke Peringkat Kumpulan PMNC 2022. Selain dari kategori Skuad, kategori Solo juga mempunyai tempat bagi PMNC 2022 itu nanti. 5 Pemain Terbaik dari setiap Perlawanan Akhir Zon (Solo) akan digabungkan bagi membentuk sebuah pasukan dan akan mengambil bahagian dalam Peringkat Kumpulan PMNC 2022. Dibawah adalah senarai penuh pasukan yang layak…

Read More

PUBG Mobile City Tournament (PMCT) ialah pentas kualifikasi ke PUBG Mobile National Championship (PMNC) tahun ini – di mana para pasukan akan bertempur untuk slot PMPL Spring Split 2023 yang berprestij. Menampilkan tiga kategori berbeza, Skuad, Solo & Wanita, ini adalah titik laluan anda untuk menjadi Pemain PUBG Mobile profesional. Dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia, PUBG Mobile membawakan kejohanan di empat zon berbeza di seluruh Malaysia, termasuk North, South, Central dan Borneo. Bagi kategori Wanita, mereka akan bersaing merebut hadiah bernilai RM12,000 yang ditawarkan dalam kejohanan ini. Selepas 5 minggu dan 20 pusingan pertempuran, hari ini tamatlah sudah bagi kejohanan…

Read More