Author: Piratz

Pembangun League of Legends, Riot Games telah mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh studio yang membangunkan permainan World of Tanks iaitu Wargaming Sydney. Riot Games telah mengumumkan bahawa sebagai sebahagian daripada pemerolehannya, studio itu akan dinamakan semula sebagai Riot Sydney, yang akan menggunakan kepakaran yang besar untuk menambah lagi pasukan League of Legends, Valorant, dan teknologi di Riot. Wargaming Sydney pada asalnya ialah BigWorld, berpangkalan di Australia dan diasaskan pada tahun 2002. Teknologi BigWorldnya digunakan untuk menyampaikan lebih daripada 30 tajuk MMO. Studio itu menerima Guinness World Record untuk kebanyakan pemain dalam talian serentak pada satu pelayan MMO. Wargaming akan mengekalkan…

Read More

Malaysia Esports League (MEL) ialah platform pertandingan inklusif untuk bakat baharu di bawah Pelan Strategik Pembangunan Esports yang diperkenalkan oleh KBS. Ianya menampilkan pelbagai jenis permainan termasuk PUBG Mobile, Mobile Legends, Free Fire dan banyak lagi dengan jumlah hadiah berjumlah RM 299,500. Sebentar tadi, wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; pasukan Kenot Brain dinobatkan sebagai juara bagi MEL22 Free Fire. Tempat ke-2 jatuh kepada pasukan Tok Dalang dari Johor. Bagi tempat ke-3 & 4, ianya milik pasukan Orv Enchancted dari Melaka dan pasukan Tactical Index dari Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kesemua 16 pasukan yang bertanding adalah juara peringkat negeri dan mereka…

Read More

Pembangun permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Moonton Games telah mendedahkan bahawa M4 World Championship akan datang yang berlangsung Januari tahun hadapan di Jakarta, Indonesia diadakan di dua tempat, Dewan XO untuk Peringkat Kumpulan dan Istora Senayan untuk Peringkat Kalah-Mati(Playoffs) dan Perlawanan Akhir. Dengan anggaran kapasiti stadium sekitar 7000 penonton, Istora Senayan pernah menjadi lokasi berlangsungnya beberapa acara di Sukan Asia 2018, Sukan Para 2018 dan Piala Asia FIBA 2022. Seawal 19 Oktober, Moonton Games akan membuka jualan tiket early bird untuk M4 World Championship dengan peminat boleh membeli tiket pada harga diskaun. Tiket peringkat kumpulan tidak akan mempunyai peringkat…

Read More

Valve akhirnya telah mengemaskini aplikasi Steam Mobile yang lama ditinggalkan untuk iOS dan Android, memperkenalkan paparan baharu, antara muka baharu dan pelbagai ciri baharu. Versi asal aplikasi Steam Mobile dilancarkan lebih sedekad yang lalu, dan sangat ketinggalan zaman tanpa sebarang kemaskini yang sangat lama. Namun, bermula hari ini, pengguna iOS dan Android boleh memuat turun versi yang diperbaharui sepenuhnya melalui gedung aplikasi peranti masing-masing. Perubahan yang paling jelas ialah paparan antara muka yang jauh lebih diperkemas – yang memberikan akses pantas ke senarai permainan, berita, Steam Guard dan notifikasi, tetapi membuang ciri senarai hajat (wish list) dan beberapa ciri utama…

Read More

Permainan Call of Duty yang akan datang akan tiba sebagai sekuel kepada Call of Duty: Modern Warfare 2019, yang boleh dolatalam sebagai pembikinan semula kepada Call of Duty 4: Modern Warfare 2007, siri Modern Warfare yang pertama. Call of Duty: Modern Warfare II akan dikeluarkan pada 28 Oktober di PlayStation® 5, PlayStation® 4, Xbox Series X|S, Xbox One, PC Battle.net dan PC Steam. Pra-tempahan kini tersedia di beberapa gudang permainan atau pada laman web utama Call of Duty. Dengan Piala Dunia FIFA 2022 semakin hampir, ini adalaah masa yang sesuai untuk pemain muncul sebagai watak CoD yang boleh dimainkan, meraikan…

Read More

Innersloth Games pembangun permainan Among Us secara rasmi mendedahkan tarikh keluaran untuk versi VR (Among Us VR) dengan treler permainan baharu dan cara permainan yang sangat popular itu akan dimainkan pada set VR. Tarikh pelancaran Among Us VR ialah pada 10 November 2022. Permainan ini akan dilancarkan secara eksklusif di Steam untuk PC, PlayStation VR, Oculus Rift dan Meta Quest. Seperti permainan Among Us yang asal, Among Us VR ialah permainan sekumpulan angkasawan di stesen angkasa yang melakukan tugasan mereka tetapi terdapat penyamar (imposter) di kalangan mereka. Penyamar perlu menghapuskan ahli kru yang lain sambil mengekalkan rahsia mereka, sehingga terdapat…

Read More

September lalu, kami ada menulis mengenai permainan PUBG Mobile akan berkolaborasi bersama dengan animasi popular tempatan iaitu BoBoiBoy yang dihasilkan oleh Animonsta Studio. Dari sidang media yang berlangsung hari ini, akhirnya apakah kandungan yang akan dibawakan didalam permainan PUBG Mobile. Kerjasama PUBG Mobile x BoBoiBoy akan dibahagikan kepada dua fasa, pada Oktober 2022 dan Januari 2023. Untuk Fasa 1 (10 – 31 Oktober 2022) ianya akan menumpukan pada acara dalam permainan. Fasa 1 telah bermula di beberapa buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, Taiwan, dan Hong Kong. Di Fasa 1, pemain boleh mendapatkan barangan eksklusif BoBoiBoy seperti…

Read More

Xiaomi dilaporkan telah berbincang untuk menjual jenama telefon pintar permainan premiumnya, Black Shark, kepada Tencent sejak awal 2022. Walau bagaimanapun, berita terbaru syarikat gergasi perisian itu membatalkan pembelian syarikat Black Shark tersebut. Jabatan VR Black Shark paling teruk terjejas oleh pemberhentian kerja ini, dengan sejumlah besar pekerja yang diambil pada awal tahun ini, dan semua lain-lain jawatan yang masih dalam tempoh percubaan semuanya ditamatkan serta-merta. Sekitar awal tahun 2022, perjanjian pemerolehan Black Shark yang dikhabarkan oleh Tencent menjadi perhatian ramai, kerana syarikat perisian itu dilaporkan merancang untuk membeli Black Shark pada harga sekitar RMB2.6 – 2.7 bilion yuan. Black Shark,…

Read More

Seperti kebiasaan, pada hampir penghujung tahun pembentangan bajet akan disampaikan. Tahun ini, Bajet 2023 dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober 2022. Melalui pembentangan yang dilakukan, kami disini hanya akan memetik mengenai pengumuman yang berkenaan dengan esukan. Dalam Bajet 2023, RM13 juta akan diperuntukan untuk pembangunan esukan. Selain dari itu, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan mempelopori usaha mentransformasi Urban Transformation Centre (UTC) sebagai hab digital. Antaranya, urus niaga di UTC akan dijalankan secara digital di samping menggalakkan pelbagai aktiviti seperti e-sukan dan pengekodan untuk manfaat belia setempat. Namum memetik…

Read More

Need For Speed, francais permainan video perlumbaan jalanan yang terkenal dari Electronic Arts, akan hadir dengan siri seterusnya, Unbound, hampir tidak lama lagi. Baru-baru ini, EA mengumumkan secara langsung pada 6 Oktober ini, ia akan mempersembahkan secara rasmi pengganti kepada NFS: Heat (2019) sekitar jam 11 malam waktu Malaysia. Pada hari-hari terakhir, tajuk ini yang dibangunkan oleh Criterion Games, yang bekerja dengan Electronic Arts pada NFS: Hot Pursuit (2010), Most Wanted (2012) dan Rivals (2013), memberi sedikit klu tentang perkara yang akan datang. EA membuat perubahan imej pada sosial media mereka (foto profil dan muka depan Twitter) pada akaun yang…

Read More